0 Lepas Merdeka

Gua balik rumah drive kete MyVi berenjinkan Roll Royce milik gua, setibanya di Sunway Damansara ada roadblock. Apa kes malam merdeka ada roadblock, ini tak lain nak menangkap anak-anak muda Melayu yang sedang mengujikaji had kelajuan maksimum yang mampu dicapai oleh motor mereka.

Dari jarak kurang dari semarlhan gua nampak dah lampu biru, lip-lap-lip-lap. Gaya pemanduan gua jadi berhemah serta merta. Gua tarik seat belt, sangkut. Cheese, time ni la nak sangkut. Gua tanye kat penumpang kete gua merangkap famili gua, "Molokov cocktail, C4 dengan AK47 tadi dah sorok elok-elok?".

Gua kene tahan, uncle Polis usha kerek. Seat belt dah tersemat rapi, roadtax pun telah dihidupkan. "Ok, jalan", ujar uncle Polis.

Ekele..ape cabaran roadblock check seat ngan roadtax jek. Gua jalan kedepan, gua buat willey pakai MyVi gua. Dua tayar depan terangkat, jalan pakai tayar belakang jek, baru bergaya cara pemanduan gua.

0 487 batang pen patah: