3 Goyah?

Semalam gua menunaikan rukun Islam ke -4. Membayar zakat fitrah, seperti biasa bayar untuk diri sendiri beb. Gua fikir, sampai bila beb gua dok baca akad untuk diri sendiri ni gamaknya..hmm

Gua sembang perkara ni dengan pelajar-pelajar silat gua yang kesemuanya, berusia 30 tahun ke atas dan memiliki cahayamata. Ya kesemuanya!!! Gua cikgu muda beb!!

Seorang brader ni tanye, "Chan, time ko bayar zakat. Time amil tuh henjut tangan ko waktu akad tuh ape ko rase?". "Agak goyah," pendek dan padat balas gua.

"Hahaha. Tu baru amil beb, belum tok kadi. Mau histeria ko time tuh," balas brader tuh balik. Ramai-ramai dok pakat gelak kat gua. "Demmit, Jangan sampai malam ni aku tunjuk kat korang macam mana nak menyerang musuh yang ramai secara sendirian," gua bermonolog dalaman..

3 487 batang pen patah:

eddie dewanaga berkata...

relax bro...
semua tu ketentuan Ilahi,
bila seru lu dah turun, jgn kata genggam tgn tok kadi, berkung fu depan 'abah' mertua pun lu akan berani...!

AlexAlabasta berkata...

Aku nak sangat tengok ko buat demonstrasi tue, tapi aku jadik penonton kawasan luar la...

Ps- Kalo ko dah sampai seru jangan luper kontek gua, jadik mak andam~

Achan Sinclair berkata...

eddie

gua memang tengah trening kung fu nie..nak tunjuk kat 'abah' mertua beb.. semoga ditenangkan hati beb time tuh..

----------------

NymQ

Hahaha..ko ade wat pakej urut batin ke? maaf tak layan..urut belakang gua layan..hehe