4 Death Magnetic Tapi...

Gua nyenyak dibuai mimpi di rumah Ajak yang terletak di Kampung Kerinchi. Kemudian gua dikejutkan dengan panggilan dari bapak gua. Buih-buih mimpi gua pecah dicucuk jarum, pendek kata potong steam. Bapak gua g shopping ngan adik-adik gua kat KLCC. Gua kirim kat bapak gua, kain baju Melayu warna Biru signboard jalan atau bahasa mudahnya Royal Blue. Namun bapak gua kata, sumer tukang jahit dah tamoh amik tempahan, melainkan gua boleh jahit sembat sendiri baju Melayu gua. Nampaka gaya gua pakai baju tahun lepas la beb.

Bapak gua suruh gua pecut pergi buat reservation kat Restoran Santai, Mutiara Damansara. " Order tomyam seafood, sup ekor, paprik campur, udang petai, kailan ikan masin, kerabu perut dan kerabu mangga." ujar bapak gua. Mak aih, makan 4 orang je beb.. Tak pe, bapak gua baru dapat bonus yang membuatkan dia mampu beli Proton Waja dan Perodua Kancil secara tunai. Kesempatan perlu di ambil beb.. Kalau bukan kami (anak-anak) yg perabihkan harta orang tua, sapa lagi kan??hehe..

Memang kucar-kacir gua drive dari kerinchi ke Damansara. Kalau kete gua boleh bernafas, korang boleh usha berombak dada dia. Santap-santap, then gua mengambil inisetif untuk ke The Curve. Gua pit stop kat surau kat Cineleisure jap (surau die memang class), solat sepam then berehat jap (take nap, gua pantang jumpa tempat sejuk-sejuk ni.hehe).

Then gua pergi shopping baju raya. Mak gua kate die payah nak cari baju gua, sebab taste dia memang tak kena ngan taste gua. Abah gua lain, dia pernah belikan gua baju Rastafari..macho beb. Gua jalan-jalan kat The Curve, dan berhenti di Kedai Wajib Beli, Giordano. Seperti biasa promoter tuh dah kenal gua, gua angkat t-shirt beberapa helai dan kesemuanya berwarna hitam. (Hidup gua sume kaler hitam Baju, gitar, kete, payung, jam dan bekas air sekalipun). Sebagai abang mithali, gua angkat sehelai t-shirt untuk adik gua yang muda setahun tuh (kaler putih sebab personaliti kami amat kontra).

Then gua meneruskan perjalanan ke Rock Corner, niat yang tersemat rapi dalam hati kecil gua nak angkat Metallica - Death Magnetic beb album ke-9 nie. Dengar kata style album ni macam Black album, dengar intro kat YouTube pun dah padduu beb.. Tak tahan nie. Gua tawaf Rock Corner tuh beberapa kali, tapi tak jumpa jugak. Gua tanya amoi promoter, dia cakap album tak sampai lagi 15hb baru sampai. Chilakak...Uih, gua baran.. Rasa nak lontar jamrah selepas tawaf kat Rock Corner.

*Magnet Kematian!!! Seram tak?

Tak pe, ni bulan puasa, gua kuatkan keimanan dan kesabaran gua. Gua pusing lagi Rock Corner. Gua jumpa album The Best of No Doubt 1992-2003, gua dah ada dah tape dia dulu. Tapi sekarang ni tape tuh dah tak muat masuk CD player kete gua, rase macam nak angkat.. Hmm tak pe dulu lah.

Pusing sepam lagi, jumpa album baru Jason Mraz, We Sing We Dance We Steal Things. Uih gua memang layan gila Jason Mraz ni, gua kan accoustic-man. Pas tu gua usha track list, ada lagu Lucky feat Colby Callat, lagu pop gua untuk tahun 2008. Tak boleh jadi nie!!


*Huduh betul lukisan ni, Cikgu Pendidikan Seni. Sila ambil serius kes begini!!

Gua round lagi, gua nampak satu album kompilasi Beautiful Songs. Usha track list Jason Mraz (lagi), Craig David, Norah Jones (woooaa), Josh Groban (dashat2), Ryan Cabrera dan beberapa nama besar lain. Usha la theme album ni.. "Finest Collection of Timeless Love Songs".. err.. Tak pe, gua angkat jek.. Sebab gua percaya, pasti banyak lagu yang akustik feel... (alasan gua jek)..hehe


* Takde gambar kat tenet, terpaksa gua amik gamar pakai HP beresolusi rendah ni.

Time bayar tuh, cashier tuh usha len macam kat gua. "Muke ganas, baju ganas, gaye ganas.. tapi angkat CD Jason Mraz ngan Beautiful Songs...hahaha", gua rase lebih kurang la kot kata hati kecik cashier tuh. Gua buat muke comel untuk mengelirukan beliau.. biarlah lu nak kata apa.

Ini sudah melawan prinsip gua ke Rock Corner, nak pergi angkat Metallica, namun kini...err.. biarkan. Gua pergi ke Starbuck kat The Street, happening sikit nak compare dengan Starbuck The Borders. Awek pun ramai beb..hehe..

Tujuan gua ke Starbuck adalah untuk membuat review awal tentang album-album yang gua angkat. Gua g kaunter nak order menu tipikal gua Frapuchino Choc Cream Chip, sekali.. Gua usha cashier die, uihhh 5 star beb. Gua speechless, die tanye order, gua mintak Nescafe tarik satu. Gua jadi hilang pedoman kejap, usha name tag die, name Ija. Usha kejap jek, sebab kalo usha lame-lame takut disalah tafsir bukan usha nametag..bahaya..

*Tak boleh diamalkan selalu kegiatan ni, pasti akan mengikis hebat baki simpanan akaun anda

Then gua dapat port baik, view cantek. Gua keluarkan album-album gua. Bace cover sampai khatam.. Sekali, Ija keluar menonjolkan diri di khalayak ramai. Gua hilang pedoman sekali lagi, gua terminum air orang meja sebelah. Namun gua sedar, tuh sume cubaan je..

Gua singgah Tesco jap, mak gua pesan Nagget untuk sahur esok. Gua balik rumah dengan tekad malam ni nak habiskan 2-2 album!!! Nanti gua review beb.. Jason Mraz, Beautiful Songs dan Ija Starbuck..hehehe

*Lalu Saliha meneruskan perjalanannya ke Tesco melalui Ikea.

notakakimapley : Akan ku rajinkan diri untuk ke Starbuck The Street..hehehe. Tak pe Ija, nanti next week time gua nak angkat Death Magnetic, gua singgah gerai lu lagi..Kpd yg berkenaan, gua hanya suke usha jek beb..

4 487 batang pen patah:

BENTARA berkata...

untuk melunaskan nafsu serakah lu, gua dah rebiu Death Magnetic kat blog gua. Selamat menunggu esok hari.

AlexAlabasta berkata...

Hidup perlu diteruskan...Pulak?!

Best dow album baru JM, aku bahagia mendengarnya setiap hari...

eddie dewanaga berkata...

hahaha...
gua penah juga dulu mengalami situasi berbaju itam Sepultura 'Roots' sambil membeli CD koleksi Rod Stewart di plaza Angsana...

*jgn lupa review Ija Starbux tu..

Achan Sinclair berkata...

Aku usha comment kali ni amat variasi dari identiti pengomennya. Bentara metalist tegar, NymQ die hard fan Kylie Minogue dan Eddie Naga Besi..huhu

Bentara

Setel suday gua meriview post kat blog hang... Tahniah kpd kerajaan Australia kerana berjaya membawa DM cepat sikit dari gomen Malaya..

-----------

NyMQ

JM memang dahsyat..nak aku men guitar lagu Lucky lagik?? hahaha

-----------

Eddie

Pakai baju Sepultura tuh dah ganas overlimit. Beli Rod Steward, "uhh, sayunya hati abang ni", ujar promoter tuh.. Ija...hehehe