3 Convofair Season 2

Sebelum memori gua pasal Convo 2008 hilang, baik gua arkibkan dalam blog ni.

Ahad


Gua memang planning bangun tengahari beb. Kat rumah tak dapat nak extend tidur, kurang-kurang pukul 9 kalau gua tak bangun lagi memang mama gua merusuh kat bilik gua. Tak sanggup! Gua bangun bukak mate mandi-mandi, then NymQ and geng ajak gua ke tapak convo.

Dengan perasaan berkobar-kobar kami melangkah ke treler Sauber, dengar kata banyak benda-benda best terutamanya promoter² yang berwajah ala-ala pembaca berita, hot woo. Bersama gua adalah Kong, seorang jejaka berasal dari Pulau Mutiara, seorang yang amat obses terhadap wanita hot. Jatuh hukum mandatory (bukan compulsary) untuk Kong menghadirkan diri ke booth tersebut. Kami bersiar-siar dalam treler tuh, usha-usha akak promoter, pilih yang terbaik dan ambil gambar. Nak beli baju, hmm.. gua tak berminat sukan pemotoran nie.

Gua ada janji lunch dengan adik kecil gua yang lain mak dan ayah, Nema. Tapi pagi masih tak bertukar menjadi tengahari, maka gua mengambil kesempatan untuk bersiar-siar dengan NymQ. Sedang kami bersiar-siar, gua ternampak orang tengah carving buah. Gua percaya, gua berdarah seni dan NymQ, baru malam tadi gua usha beliau melukis hentai. Dengan keazaman yang berkobar-kobar, gua propose kat NymQ utk participate dalam fruit carving.

NymQ ukir, gua potong, gua makan. Kegiatan tersebut berulang-ulang selama 1 jam. Memang badan gua berkhasiat la hari tuh. Dengan pengalaman gua bermain musik selana 8 tahun, gua tabahkan diri menempuh 1 jam penuh penderiitaan tersebut. Tema yang gua pilih adalah bangunan dan flora fauna. Hebat tak kami mengabungkan dua elemen dalam satu arca seni. Peserta yang lain semua lebih kurang ayam macam gua cuma beberapa peserta yang outstanding iaitu pasangan mak cik dari Persatuan Penyedia Makanan Perkahwinan Daerah Perak Tengah, demm.. mana adil dow, mak cik tuh dah standard mak andam but nak lawan gua yang hanya berkemahiran tinggi dalam mengupas kulit limau mandarin, sah-sah die menang. Dan lagi satu pasangan lelaki yang siap bawak anyaman dari daun kelapa lagi. Tema dia Masjid UTP, tapi gua usha saling tak tumpah dengan Pusat Sains Negara kat ofis gua tuh.


*Kegigihan gua terserlah

*Terima kasih kepada NymQ (bertopi) dan penyokong yang setia bersama kami.

* Hasil karya pemusik Grunge dan pelukis hentai.


Gua amat berterima kasih kepada kelab penyokong² gua, walaupun selepas kami hantar hasil, kami terus lari...segan kate Kong.hehe. Then gua ke booth Ayamas untuk santapan tengahari bersama Boy, Rizal, Iffat, Ajoy, Nema dan Dayah. Makan dan kenyang..balik singgah booth Saubert sekali lagi then tidur mimpi indah!!

Gua planned ngan Dayah nak g memanah petang tuh, bajet macam Robin Hood la. Tapi apakah daya, gua bangun dah pukol 6. Gua tak mau mempersia-siakan hari gua di UTP. Gua ajak Toyon dengan Bob ke Taman Maju. Gua open table cendol pulut. Layan beb walaupun gerimis mendatang..

Pas kenyang dilanda cendol, gua mengambil keputusan untuk pulang ke UTP. Balik mandi dan buat apa yang patut. Boy sms ajak dinner, gua on. Gua keluar berbekalkan payung hak milik NymQ. Malam ni M. Nasir beb, hujan petir pun gua harungi dengan tabah. Pas dinner lauk bihun sup utara, gua bersiar-siar dulu. Kemudian dari jauh gua dengar bunyi bass yg groovy.

Secara logiknya mustahil untuk kanak-kanak Africa menari diiringi bunyi bass yang groovy, instict gua kuat menyatakan M. Nasir dah start. Tanpa melengahkan masa, gua berlari bapak ke stage.

Demm..ramai gile. Warga UTP dan Tronoh berebut memenuhi depan stage. As usual, segrate antara muslim dan muslimah..hehe. Lagu 1st, Raikan Cinta, gua layan jek. Lagu 2nd, Sentuhan Listrikmu, waaaa..ini lagu feberet aku sepanjang hayat. Ini adalah 1st konsert M. Nasir yang bawak lagu ni, before this tak de. Memang rezeki beb. M. Nasir perform memang layan sampaia mamat2 arab pun dok head banging.

Time lagu Semerah Padi, gua ngan Iffat ingat nak buat demo silat dah. Crowd jadi tak tentu arah, sume naik gile, pertumpahan darah berlaku. Sume layan..

Habis M. Nasir, gua jalan-jalan last kopek, mana tahu org wat sales. Jual Dr. Fish ke, nak gak aku angkat seekor dua buat jadi haiwan peliharaan. Pusing-pusing, then wat hal peribadi...hehe.

Gua balik, layan asam ngan kacang rebus then tidur nyenyak akibat alunan M. Nasir.

Isnin.

Gua bangun dah tengahari, pukul 12.30 gua lunch ngan Alen, sampai kol 2.30 pm. Last kopek beb..hehe. then lepak bilik Kaled, sembang sampai lebam ngan Bosh, Kaled dan Silu. Gua lepak situ sebab NymQ kunci bilik..demmit, lari jadual kehidupan gua.

Jam 5 gua pulang..jam 8 gua sampai rumah..

notakakipemandutegar : Tahniah kepada member-member yang grad, akhirnya selepas hampir 7 tahun pengajian di UTP.hehe. dan rakan-rakan yang on track.. TQ to NymQ dan Toyon kerna baik hati meminjamkan bilik kepada gua.




3 487 batang pen patah:

BENTARA berkata...

perrghhhh M Nasir live kat UTP!!! Gua memang lama hajat nak jumpa dia. Tak sembang pun takpe janji dapat serah CD Langsuyr kat dia. Mana tau kot2 ilham datang kat kepala otak dia nak produce album ke.... fuh!

Eh, gua dengar jalanraya kat Tronoh dah besarkan eh? Gua lama tak balik ni kasi la snap sekeping dua gambar sekitar UTP.

AlexAlabasta berkata...

Saye dengan ini mengucapkan ribuan terime kaseh kepade Yang berhormat Tan Sri Achan Marichan kerane sudi memeriahkan konvo kali ini...

Tahniah diucapkan kerane berjaya menonton MNasir dengan penoh emosional, air mata hang yang jastuh di pipi itu aku rakam sebagai kenangan indah bulan madu di ConvoSquare...

Salam Salamiah,
-SSH-

Achan Sinclair berkata...

Bentara

Aah...jalan depan UTP dah jd highway. Makin seronok usha anak-anak murid ang kire kenderaan dalam subjek Transport..hahaha..

Bule...nanti aku emel gambaq. Tempat terjatuh lagi dikenang, ini lagi tempat berkerja..hehe

Gua tak tau r kalo M. Nasir produce album Langsuyr..serius tak dapat bayangkan bunyinya nanti..

----------

NymQ

Kasih hangpa diterima...