4 Berbuka Puasa di Ikea, Mutiara Damansara

Bapak gua sms, bilang beliau pulang lewat hari ni. Maka jatuhlah harta pusaka upss..jatuhlah amanah kepada gua untuk membeli makanan untuk berbuka bersama mak gua balik opis nanti nanti. Gua sebenarnya dah naik jelak ke Bazaar Ramadhan Sek. 6, Kota Damansara, Selangor ni.

Asal gua bukak mata jek, nasi dagang, ayam guling (ke golek..pedulikan), murtabak dan pastinya air yang belum tentu manis rasanya. Weh gua nak story sket, beberapa hari lepas gua beli air epal kat bazaar ni. Time berbuka gua minum (ye la kantoi r kalo gua suruh abang tuh cucukkan straw time pukul 5 petang tuh), skali gua hirup, bajet padduu.

Sekali perrghh, kalo korang minum air yang boleh mengakibatkan diabetis tuh kira normal, ni gua minum boleh kasi hipertensi atau bahasa senang difahami boleh mengakibatkan darah tinggi.. Masin tak terkata, kalo brader bancuh air pakai air paip gua boleh accept lagi, ye pun nak jimat kos lagi jangan lah bancuh air pakai air laut beb. Tau la air laut free, hampes tol.

Gua bajet nak kasi anjakan paradigma la kat mak gua, ajak dia berbuka kat Ikea. Gua sampai rumah, men gitar dalam 20 minit. Then 6.20 gua kua rumah, 6.30pm sampai Ikea. Cari parking yang chun, gua park MyVi hitam pemberian Abah gua.

Inilah pertama kali mama gua melangkah ke Ikea bukan bertujuan mencari meja makan, sofa TV mahupun rak kasut. Tapi misi beliau hari ni, nak makan beb!! Sekali tercangak sih mama gua dengan gua sekali, restoran penuh beb. Hampa dan kechiwa.

Kemudian ada waiteress tuh datang membawa harapan, mungkin beliau terpersona dengan sifat gua sebagai anak mithali bawak mama gua makan. Seraya beliau berkata, "Nanti abang datang pukul 8 ek, time tuh ramai orang dah beransur". Cheese, mana gua nak lepak 40 minit nie?

Elok gua angkat kaki, ada annoncement masuknya waktu berbuka bagi Ikea dan shopping complex disekitarnya. Tak kan gua nak bukak puasa korek idung kot, tak civilization langsung. Gua lari ke bawah, beli air soya bean. Layan kat depan kedai kad dengan mak gua. Kelip-kelip, masa bergerak pantas. Gua solat sepam. Gua pergi mengadap pintu masuk cafe tuh balik.


*Orang ramai bertempur untuk sesuap nasi


Bayarlah RM15.90 per kepala, maka gua ngan mama gua ditempatkan di kawasan strategik di tepi tingkap. Mama gua suruh gua beratur amik food dulu, kang kalo 2-2 bangun seat kene kipnap lak.

Gua gerak ke kawasan mengutip makanan, mak oih. Pertumpahan darah berlaku semata-mata nak amik makanan. Macam rusuhan kaum ada jugak sikit-sikit. Gua angkat plate gua kayuh nasi sket, wantan sket, ciken wing banyak sket dan ketam banyak maksimum. Gua malas nak beratur panjang dah, 1 round je niat gua.


*Gua no comment gambar yang nie ..hehe


Then mak gua mengambil alih posisi gua dalam beratur. Gua lepak kat meja tunggu mak gua. Skali dia datang.. meriah gile. Sereban ayam kehilangan kepak disebabkan mak aku. Ye r, tau la anak die nie tak cukup khasiat. Ye pun ganas sangat tuh. Kayuh slow-slow, then habis gak. Layan gak r buffet die, ramai je non-Muslim berbuka sekali. Bagi gua worth la untuk nilai RM15.90 tuh. Skang gua terkandas atas katil, tak mampu kemana-mana dah..hehehe

notasyurgadibawahtelapakkakakiibu : Gua heppy sebab mama gua hepi..lu bayar RM15.90 tunggu meat ball memang tak dapat beb sampai Syabaan sekali lagi. Chuba berfikiran waras dan logik nilai makanan yang mampu milik dengan 15 hengget tuh. Target wiken ni, Restoran Nelayan!!! :D

4 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

nk g gak!
ikea grenoble ade ke buffet berbuka?
weekend ni aq try g...hua3!

AlexAlabasta berkata...

Bukak pose korek idong, wahahahaha~!!! Ayat klaka paling best sem nih! Tahni-ah~~~!!!

Ikea makan best ke? Mane gamba makanan? Letakla sekeping dua boleh aku usha2 buat halwa mata bulan pose~

fifi the flowertodd berkata...

awak ni comel. :)

iLLy Ramudzan berkata...

wah~ i baru je nak gi ikea wiken nehh.. nmpk gaye kene turun awal2...

sedap x? sedap x?

meatball tade tape.. nak santap kepak ayam sereban.
:P