5 Aku baru beli sebijik Jaguar

Wahai peminat-peminat ku di luar sana..

Kalian usah risau, gua sudah pulih sepenuhnya, comel dan lovely seperti sediakala..

Semenjak beberapa hari ini, gua berkhemah di kedai-kedai gitar di sekitar Lembah Klang. Tujuan gua satu jek, nak cari Epiphone LP-100.

Kemudian gua dikhabarkan berita sedey, LP 100 dah tak diseludup masuk Tanah Melayu lagi. Maka gua beralih arah, kepada Telecaster. Namun ketika gua di Bentley, ada suatu entiti yang menarik pantas perhatian gua. Gua lirikkan mata gua ke entiti tersebut, Fender Squier Jamaster (Jaguar).

Maka hari ini, gua berkhemah setengah hari di Bentley Mutiara Damansara lagi selepas dihalau akibat melebihi had masa semalam. Hari ni gua lebey dalam mencari gitar, sebelum keluar rumah, gua training riff-riff lagu terbaik yang mampu gua main. Ye r kat Bentley karang segan la gua main lagu Jingle Bell, gaya kene ada beb.

Setapak gua langkah keluar rumah, hati gua yakin berkata "This is the time!!". Gua memandu kira-kira 8 minit dari rumah gua ke Bentley. Gua parking kat Tesco sebab mama gua kirim sabun basuh baju 1kg. Masih terngiang-ngiang pesanan mama gua di gegendang telinga gua.

Bentley terletak berhadapan dengan Tesco, maka gua kena melintas jalan. Pesanan iklan TV3 agar berhati-hati ketika melintas tuh pun gua ambil peduli. Gua nak main gitar mahal, bekeluarga dan bekerjaya seperti orang-orang di luar sana. Maka gua menitik beratkan keselamatan diri gua.

Berbekalkan ilmu di dada dan duit di poket, gua memberanikan diri mencari Hafiz, seorang promoter Bentley yang gua baru berkenalan ketika perkhemahan semalam. Dengan perasan ego dan bongkak gua mintak kat Hafiz, gua nak try Jagmaster dengan Tele. Selepas mengoreng-goreng riff yang gua refer kat internet pagi tadi, gua menggunakan kembali riff tersebut untuk memastikan kehebatan kedua-dua gitar tersebut. Gua kena tenang untuk membuat pilihan, ini bukan main-main, ini hal 4 digit duit simpanan gua, boleh pergi umrah beb. Gua berfikir selama 3 jam tanpa gerak disuatu ceruk di Bentley (serius),

Gua decide..gua pilih Jagmaster..



* Gambarajah gitar baru gua yang mungkin gua namakan sebagai Borhan.

Ini adalah detail pasal gitar gua..


Model Name Jagmaster™
Model Number 032-0700-(Color#)
Series Vintage Modified Series
Colors (506) Black,
(Polyurethane Finish)
Body Alder
Neck Maple, C-Shape,
(Polyurethane Finish)
Fingerboard Rosewood, 9.5” Radius (241 mm)
No. of Frets 22 Medium Jumbo
Pickups 2 Duncan Designed™ Humbucking Pickups
Controls Master Volume,
Tone 1. (Neck Pickup),
Tone 2. (Middle Pickup)
Pickup Switching 3-Position Toggle:
Position 1. Bridge Pickup
Position 2. Bridge and Neck Pickups
Position 3. Neck Pickup
Bridge 6 Screw Mount Synchronous Tremolo
Machine Heads Standard Die-Cast Tuners
Hardware Chrome
Pickguard 3-Ply Parchment on: 06,
4-Ply Tortoise Shell on: 00
Scale Length 24” (610 mm)
Width at Nut 1.650” (42 mm)
Unique Features Large ‘60s Style Headstock,
Gold and Black Squier Logo,
Engraved Neckplate,
Black Plastic Parts,
Dot Position Inlays
Strings Fender Super 250L, (.009 to .042) Nickel Plated Steel p/n 073-0250-003
Accessories None
Introduced 5/2000
Notice Product Prices, Features, Specifications and Availability Are Subject To Change Without Notice

Semoga gua makin sukses dalam apa yang gua minat..insyaAllah..korang pun same beb!!

notakakigitar : Bapak gua dapat gitar gua, boleh beliau try lagu Rod Steward. Ish..abah, ni gitar Kurt Cobain..

amarankepadagitaris : Barangsiapa nak beli Amp Micro-Cube dengan harga menarik, sila hubungi gua. Sementara stok masih ada..

5 487 batang pen patah:

Faliq berkata...

cm best jagmaster nih,

nanti balek utp bagi aku
rogol sikit, one nite stand yeh

iLLy Ramudzan berkata...

pergggh~ impian demi impian terlaksana... suspek laaa~

Achan Sinclair berkata...

Faliq

Lu jangan tinggal apa-apa DNA kat guitar gua..hehe dual humb tuh..konfem nangis r overdrive pakai bridge pikap..

-------------------

illy

Alhamdulillah, bak kata orang lama-lama, dimana ada kemahuan disitu adal jalan..hehehe


------------------

Disini gua mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua guitarist yg main band ngan gua; Eimir Klang, Faliq (Band Jamen) & Nazir (Scrow Toom) atas segala nasihat dan pendapat korang ketika gua nak membeli gitar ni. Terima kasih juga kepada guitarist2 lain yang banyak membantu gua..arigato~

BENTARA berkata...

Borhan,

nama yang manja. Borhannnn...

Achan Sinclair berkata...

Hahaha..dah owner nya seorang yang manja. Pasti guitarnya jg manja..aww~