5 5 Hero Omputeh Paling Best kat Planet Bumi

Aku suke usha series dan movie, ini adalah list hero yang aku rasakan cukup cool dan sedikit sebanyak mempengaruhi aku.. Ada sedikit sifat wannabe dalam diri aku, aku akui. Dan aku percaya semua ada sifat wannabe.. Ini list hero feveret aku.. List ini tidak dipengaruhi paras-rupa, harta mahupun anak-anak gadis mereka pun tak pengaruhi gua... Harap Maklum

  1. Johnny ( Gabriel Macht) in Because I Say So
    Sememangnya watak beliau dalam movie ni amat cool. Seorang guitarist di Lounge, terer main gitar (ye r, dah gitaris kan) bermain jazz, memakai suit dan hat. Watak sebagai seorang duda anak 1, hidup sederhana. Johnny seorang yang berpegang kuat pada prinsip dan sentiasa tenang, walaupun awek die (Mandy Moore) ada balak back up.



  2. Dr. Gregory House (Hugh Laurie) in House
    Gua tau, mesti ramai die hard fan House. House ni seorang yang jujur dan sempoi rock abah die. Mata keranjang dan yang best kalo dia main gila ngan boss pmpn dia, ape nama yg agak hot. Harap-harap aku dah kije nnt xde pekerja cam mamat ni... Boleh mendatangkan kemudaratan sih..



  3. Alex Fletcher (Hugh Grant) in Music & Lyric
    Kisah mengenai seorang penyanyi pop 80-an yang kian menurun popularitinya. Beliau adalah seorang komposer yang sempoi pop. Mempertaruhkan kehidupannya dengan music, he is good pretender sebab sentiasa ingin mejaga dan consider hati-hati orang disekitarnya. Sikap professional yang melampau, even dalam relationship dgn Sally (Drew Barrymore), dia boleh membezakan professionalism dan relationship.. lagi satu, home studio die macho..
  4. Tony Stark (Robert Downey Jr) in Iron Man
  5. Tony Stark bukanlah seorang pekerja dobi yang bertugas sebagai penseterika baju, namun beliau adalah seorang tycoon industri. Yang best pasal Tony ni, dengan sikap selamba tenang dugong je dia buat decision. Kadang-kadang dia tak payah berfikir utk decide, carry on je beb...hehe. Walaupun beliau businessman, tapi beliau tetap tak lepaskan hobby berkeretanya. Perfect..



  6. Lt. Horatio Caine (David Caruso) in CSI : Miami
  7. Ni lagi sorang yang cool gile (walaupun ada 'orang' tak suka, apa kisah kan?), sebagai Liutenant bagi team polis yang cool, maka beliau kena lagi kool. Ayat dia ni tajam, dan dia ada kelebihan yg membuatkan org focus kat dia cakap walaupun dia cakap macam radio nak habis bateri slownya. Ni lah watak paling tenang dalam dunia, Hammer die kene bom, die boleh kua dari Hammer dengan tenang dan sempoi. Tak de lari-lari, dia kata dalam hati, insurans cover sume..tenang. Sangat gigih dalam bekerja...focus-focus!!

Bagi gua, inilah hero-hero yang best... walaupun kebanyakan berusia 40 tahun ke atas. namun mereka tetap hero gua..hahaha. Quote best dari hero gua..

We are who we are..
Dr. Greg House

5 487 batang pen patah:

BENTARA berkata...

taste lu memang tak sama dengan gua ah...

Bajet berkata...

Wei acan ko tak layan Heroes ke? Tu baru betul-betul Hero.

AlexAlabasta berkata...

Betol En Bentara, tiada sekor pon dalam list achan yang menjadi pilihan buat idola NymQ~

Mungkin inilah kali ke-2 kita tidak sefahaman dari segi isu-isu subjektif selain daripada nama band skrotum ko, Achan...

Tapi apa2 pon ini pilihan Achan, saya sokong ajer~

eddie dewanaga berkata...

bro,
Horatio Caine tu memang badi bro...
dia punya style cakap sebijik2 pastu sambil mengenakan spek itam dia, fuh!

dgr2 cerita, CSI-Miami final season 6 dia kena tembak kan..?

Achan Sinclair berkata...

Bro Ben

Kalo sume cakap Waheeda cantik, habis tuh sapa nak usha Fasha Sandha kan? Taste kene lari sket beb..baru seimbang.

-------------

Jet

Heroes tu terlampau fantasi beb...fiksyen sangat tuh..terbang2...ish

-------------

NymQ

Lagi satu kita pernah kesefahaman..tentang keobsesan ko pasal Untie Kylie Minogue...errkkss

-------------

Eddy

Gua pakai glass beb..tak bley nak pakai sunglass..uhh...hilang 15% kemachoan aku..