1 Review of B u t t e r f i n g e r s - k e m b a l i


k e m b a l i....


Ini merupakan album ke-6 dari band yang tak asing lagi di bumi Malaysia yang bertuah ini, Butterfingers. Ayuh aku me'review' album ini semampunya..

1. Joget Global - Intro lagu yang mengabungkan rima syair dan accapella serentak, riff gitar pada awalnya dan solo mengingatkan aku kepada Bohemian Rhapsody by Queen. Namun apabila lagu ini diteruskan, sememangnya lari dari jangkauan minda aku. Tak silap aku 3 kali mereka menggunakan bridge yang berlainan rima. Lirik yang sememangnya mendalam, menyaran kepada perubahan. memang kisah permainan jiwa...bait 'Pada setiap masalah, ada penyelesaiannya' mengungkit memori aku sedikit..hehe

2. Bebas - 'Enjit-enjit semut' yang menyenangkan hati. Lagu ini mungkin berpotensi menjadi mainan kepada stesen-stesen radio di Malaysia. Bagi aku ianya masih berbaur High N Dry by Radiohead. Namun pada plot lagu, ianya superb. Memang berkonsepkan sing-a-long song. Catch dan relax..Lirik mengenai kehidupan di zaman moden...how to survive in this world!!

3. Maharani - One of my favourite song. Kamu tahu Emmett adalah seorang pemain violin hebat yang pernah mengiringi Ella dan Abot? Yea, lagu ini adalah gabungan Violin emmett dan electro guitarwork oleh monoLoque. Sebuah lagu cinta tegar yang beremosi. Lirik yang catchy dan deep.. Korang patut g usha Emmett tarik part 'Maharani....'. Argghh..you rock dude!!

4. Terus-terang - Kisah cinta yang bersambungan dari siri Maharani, intro yang Melayu Asli classic dan bila part vocal, fresh!! Teknik permainan guitar plucking oleh Loque membuatkan lagu ini kedengaran tenang. Solo gitar pula sememangnya mengungkit kenangan Transcedence dan sedikit unsur asli pada hujung solo. Lirik mengenai cinta sederhana yang cukup riang dan happy.

5. Air Liur Kuala Lumpur - Keji gila tajuk lagu - Bandmate Scrotum..hahaha. Memang lagu grunge terbaik untuk album ni. Part chorus 'Pernahkah dikau, hati hancur lebur' sememangnya catchy. Loque mengajuk bait-bait 'Vio Pipe' pada part bridge dengan petikan-petikan gitar sarkastik. Lirik yang bersifat antonym dengan melodi..

6. Lengkap Semula - Intro akustik yang cukup menenangkan. Dan permainan dayuan minor vocal oleh Emmett mengimbau kita zaman-zaman muzik remaja mereka. Lirik ini mungkin mengenai seorang yang begitu hebat ataupun ianya boleh diadaptasi kepada lagu berunsur ketuhanan. Lagu ini juga mengandungi cebisan-cebisan melodi dari 'Terkenang Masa Dulu' by Allahyarham R. Azmi yang merupakan pemuzik idola Loque. Strumming guitar yang berbaur complicated, dan aku memang salute dengan gabungan muzik-muzik dalam lagu ni..lagu tergenius dalam k e m b a l i... Ada yang berkata Butter nak lawan Craig David dalam penciptaan lagu yang berkaitan dengan hari-hari salam seminggu..

7. Merdeka - Keroncong..I love keroncong. Aku cakap dekat Loque, bila dengar lagu ni aku teringat 'Keroncong Kuala Lumpur' oleh P. Ramlee. Dan secara tiba-tiba imej Tugu Negara muncul dalam minda..Loque gelak..demm. Lagu yang happening sentuhan Pak Kassim Masdor, lagendary dari band Panca Sitara yang turut dianggotai P. Ramlee, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Normadiah. Ending die, tarikan violin yang sungguh menyentuh jiwa...sedey..sob..sob..

8. 1000 Tahun - Manusia mana tak dengar lagu ni lagi? Guitar work yang menarik seakan-akan sapir sarawak. Memang catchy lagu ni, senang sing-a-long..malas nak type...dah dengar 1000 kali..

9. Gelombang Cinta - Kurang hajar la gabungan Loque dan Emmett ni. Korang membuat aku gila kat lagu ni. Apahal sedap sangat nie?? Intro mungkin pakai harmonium, tak kan melodian kan? Intro membuat aku kene hon kat tol tadi sebab tak nak gerak..Teknik nyanyian Emmett yang menyentuh jiwa. Riff-riff bass Kadak sememangnya terbaik dalam meningkatkan emo lagu ni. Lirik yang deep gila..demm...sedey balik..

10. Mendaki Menara Condong - Tajuk yang abstrak, sama dengan lagunya. Lagu yang paling exprimental bagi aku. Mungkin ini adalaha terlalu berbaur monoLoque, buka Butterfingers. Sememangnya padat dengan permainan delay guitarwork oleh Loque. Drum..hmm drum machine yang terlampau dengar. Plot lagu yang menarik juga..

11. Mati Hidup Semula - Demm..pehal sedap sangat piano nye part dalam lagu nie? Untuk pengetahuan, lagu ini dimainkan bukan dalam studio. Tapi piano telah dimainkan oleh Loque di Boston dan dihantar ke Malaya untuk ditambah perisa oleh members yang lain. Lagu ini juga adalaha lagu DUET PERTAMA Butter diantara Emmett dan Loque..Lagu pendek sangat, tak puas. Lagu yang sangat syahdu pada melodi dan liriknya.. Ending TERBAIK dari Butter...congrate!!!!

Overall : Sejak album Malayneum muzik Butter sudah berubah menjadi lebih matured, Selamat Tinggal Dunia; album Melayu pertama Butterfingers memberi impak besar kepada pengikut-pengikutnya.

Kini album kedua k e m b a l i muncul dengan 11 tracks yang bisa memukau pendengar-pendengar. Menurut Roslan Ishak atau Emmett, album ini adalah contributer of STD. Dan kedengaran tiada lagi eksperimen, namun ini adalah hasil bersama!! Album Malayneum menunjukkan kematangan musik mereka, kemudian dimatangkan dengan STD...kini kematangan Butter melangkaui zaman..

Loco hanya bermain MIDI drum untuk album ni tak silap aku..hmm..mungkin lebih sesuai gamak nya, sebab musik dalam album ini lebih bersifat statik. Permainan bass Kadak adalah di tahap terbaik, aku usha Kadak main..bukan slap style, pakai pick pun tak juga..nampak macam strumming bass..pelik, unik dan hebat..

Loque, rakan chatting gua cum sumber gua nak bertanya mengenai musik telah mengeluarkan single-single atas nama monoLoque..electro bunyinya. Dan kesan permainan itu juga telah diserapkan dalam album ini. Delay guitarwork yang agak panjang dan banyak umpama di Track 11 sehingga 7 minit bisa meningkatkan darah gua..lame sangat beb..

Dari teknik vocal Emmett tak perlu dipertikaikan lagi. Permainan vocal minor dan falsetto yang terbaik dari beliau. Penghayatan tak payah cakap lah. Korang pergi gig len kali memang kene bawak condom, memang steam r kalo die tarik..hahaha (nasehat oleh Pidus Retrodelic)

Album ini mungkin adalah termudah dan tersusah dari Butterfingers, termudah dari segi sing-a-long melodi dan lirik. Namun ianya mungkin sukar diterima mamat-mamat grunge tentang lagu-lagu rakyat umpama keroncong, syair dan gurindam. Walaupun padu dan teratur, mesej kerakyatan dan pengembalian identiti orang kita seperti yang dibawa oleh Butterfingers agak puitis dan berlapik, jadi terpulanglah kepada kita untuk menginterpretasikannya.

Muzik, olahan dan nyanyian “demokrasi” sebegini progresif dan perlu untuk Butterfingers dalam menyiarkan tema-tema cinta dan konflik keaslian-pemodenan.

Sememangnya lagu-lagu Butterfingers dalam album ini menunjukkan bahawa komposernya Loque sedang angau dilamun cinta..hehe.. Patutlah online sampai tengah-tengah malam mamat nie.
Tiada yang lebih terpampang daripada bait-bait lirik yang berbunyi: “Cinta sejati, memang boleh dibeli, tapi tak mungkin, ditukar ganti” (“Maharani”) ataupun “Gelombang cinta, hilang kuasa, jika penyiar tak menerima, tolong hubungkan saya dengannya” (“Gelombang Cinta”).

Peribahasa silam kebudayaan kita juga kemas ditapau oleh Butterfingers melalui lagu-lagu baru ini: “enjit-enjit semut”, “lat tali lat tali tamplum”, mahupun “satu, dua, tiga, empat siapa cepat dia dapat” semuanya menjadi lirik dalam album ini.

Dan apa yang aku pasti dalam album ini, Butterfingers benar-benar kembali!!!

1 487 batang pen patah:

ivanzryanz berkata...

btul2 butterfingers mmg best. Acan bila nak bg aku dgr lak lagu baru dia?