3 Pekik pada Sang Bidadari tadi.

Kekok akal ini
dalam ingin
menafikan segala manjamu
tiapkali
hanya tinggal jemu
kerana debaran penantian
membunuh masa, merosakkan malam,
menambah runsing dalam rongga benak
namun gelora ini
masih setia menanti

sedang Syaitan telah mengorak
langkahnya
telah sarat
dengan hiba
ditambah kecewa dan sekali lagi
bingungan di kepala
menjerit-jerit,"PERCAYALAH INI BUKAN YANG TERAKHIR!"
menarik aku mendakap resah

perempuan,
ungu tubuhmu
adalah bukan lagi keinginanku
tapi cela dalam hasrat hati
tidak lagi akan jadi
racun dalam mimpimu
kerana aku, wahai perempuan
telah lama berduka dengan selesanya
kehidupan.

3 487 batang pen patah:

led berkata...

nape perempuan kaler ungu can? bukan pink ke? ahahaha

Achan Sinclair berkata...

Uhh..tu menunjukkan aku naive..xtau kaler badan pmpn. Namun aku lebey curious ngan ko. mengapa pink??hmm...

Achan Sinclair berkata...

ungu disini merujuk kepada eye-catching..
ungu tubuhmu...paham r wei..xperlu aku explain lebih mendalam kot..