0 Ketat beb~

Opah ngan Tok Wan gua serang rumah gua. Mak gua pergi Jakarta, maka keadaan semakin sulit. Korang pun tau, gua kalau cari benda mustahil nak jumpa. Dengan berbekalkan ikhtihar dan sifat kasihan kepada opah gua dari kampung tuh, gua cari gak koordinasi bagi teh dan gula. Gua bancuh Teh O'..perrgghh...power!! Gua ade talent kije kat mapley kalo terdesak.

Pas tu takkan nak hidang Teh O jek. Gua perlu menunjukkan gua adalah cucu yang cemerlang, gemilang dan akan menjadi terbilang apabila opah gua riuh kan kat kampung bahawa gua ni bersopan-santun. Gua ingat nak buat Lamb Chop, pikir balik opah gua dah la strok. Lamb Chop ni umpama memberi dia makan racun rumpai, lagi pun nak cari gula pun terhegeh-hegeh inikan lagi gua nak cari daging kambing.

Gua amik jalan mudah, gua pergi Restoran Gulam Mee kat seberang jalan order 3 bungkus mee goreng...lazat beb...

Satu jam berlalu...

Gua tak dapat mee lagi beb!!! Gua buat muka ketat...seketat-ketatnya.. Pendek kata, muka paling ketat dalam sejarah peradaban manusia la. Sampai abang askar kat depan gua dah tak senang duduk, mak cik kat belakang gua dah bisik-bisik. Apa peduli gua, mee gua tak sampai lagi nie. Then gua panggil waiter tuh.. "Bang, saya order mee goreng 3 bungkus, rasa-rasanya dalam tahun nie boleh siap tak?"

notakakiGulam : Maa..balik la cepat~

0 487 batang pen patah: