4 Kesian Cikgu Sains Darjah 4 dia..

Tempat Kejadian : Plaza Mont Kiara.

Masa Kejadian : Di hujung-hujung lunch hour (atau mungkin dah terlebih)

Latar : Kolam ikan kap yang sering lompat-lompat macam Free Willy (mungkin ikan kap tersebut hilang ingatan, dan beliau menganggap dirinya seekor paus Orca).

Genre : Seram & Komedi

Pelakon : Acan Sinclair & Keyrol.

Drama :

Acan Sinclair : Ikan-ikan kap ni tak bertelur ke? (sambil memerhati kearah kolam ikan)

Keyrol : Ehh..ada berudu-berudu banyak jek dalam kolam tuh.

Acan Sinclair : Haaa???

Keyrol : Berudu tuh anak ikan la kan??
Acan Sinclair : .........................




Di sini aku mengepilkan carta aliran 'Kehidupan Seekor Katak' untuk tatapan dan ulangkaji semua.






info: Keyrol merupakan seorang Trainee Engineer yang bekerja dengan sebuah syarikat Perancis, dan insyAllah akan terbang dan memulakan hidup di Perancis tak lama lagi.


notakakiberudu : Perhatian kepada guru-guru matapelajaran Sains darjah 4, sila ambil serius kejadian seperti ini.

4 487 batang pen patah:

cem berkata...

ko xtau acan..berudu zaman sekarang bole jdk ikan do..

keyrol bc paper french, berudu bole jdk ikan..ko ni..xkan xtau..
cube up to date sikit beb..

xfrench r cani beb..kate artis..

greyOrked berkata...

Gua tak salahkan silibus matapelajaran Sains darjah 4 di Malaysia..

Mungkin fakta-fakta dari buku teks Sains di France perlu ditapis dan disesuaikan dengan sistem pendidikan di Malaysia..

kEyrOL~ berkata...

siot~
kutuk gua~
haha

AlexAlabasta berkata...

Aku dan rumet terkedu time bacer post nih...
Terkedu yang betol2 terkedu...