6 Hari-hari di Convofair 2008 (Part 1)

Pada minggu lepas gua telah melancarkan holiday secara besar-besaran ke UTP di suatu kawasan terpencil di tengah-tengah Perak dipanggil Tronoh. Rata-rata penduduk Tronoh bekerja untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Kenderaan² di Tronoh menggunakan minyak petrol untuk membakaran tenaga, sama seperti di kawasan lain juga. Maka Tronoh adalah sama dengan kawasan² di Malaysia ini, cuma cuaca di Tronoh lebih panas dan di Tronoh ada UTP, tempat lain tiada. Ikutilah kisah menyayat hati gua:

Hari Pertama (22/8/2008)

Sebagai seorang Penganalisis Pasaran yang berjaya, gua meneruskan norma-norma kehidupan tipikal gua bermula seawal 6.30 pagi hingga ke 6 petang. Apabila jarum jam menyengah ke angka 6 petang, dengan tanpa perasaan ragu-ragu gua berkemas untuk pulan ke rumah. Gua cuba instant messaging rakan seperjuangan gua yang sering bermain facebook atau menonton siri² drama di pejabat, Zarith. Namun kekecewaan yang hadir dalam jiwa gua, Zarith dah balik ketika jam 5.30 ptg. Tenang sungguh beliau..

Setibanya gua di rumah, gua mandi-mandi, mendirikan tiang agama dan berkemas beg. Tema gua balik ke UTP kali ini adalah secara berkonvoi, ya.. konvoi, memandu beramai-ramai macam Tengku Makhkota Johor buat setiap tahun tuh. Janjinya bertemu di Restoran Jejantas Sg. Buloh pada jam 8.30 mlm, dan bertolak pada jam 9 mlm. Sebelum gua berangkat ke sana, gua SMS kepada jiran tetangga gua dalam radius 2 km merangkap ofismate gua, Zarith samada nak gua kutip dia ke Sg. Buloh atau tidak. Dia dengan perasaan serba salah dan sedih terpaksa menolak pelawaan bintang ini kerna janji kawannya yang mahu mengutipnya dari rumah. Gua dapat merasai perasaan beliau, pasti seribu kali rugi menolak pelawaan bintang ini..



* Gambar gua tak de, gua kene tolak dengan lebaga gelap pakai spek bernama Ejat.. Cheese, gua dendam kesumat sama lu Ejat!!


Akhirnya ketika aku menunggu di Sg. Buloh, aku mendapat panggilan dari Zarith menyatakan bahawa rakannya tersesat, argh biarkan kamu..haha. Konvoi bergerak dari Sg. Buloh pada jam 10 mlm, arrgghh tekanan akibat lewat. Dan kami tiba di Tronoh dalam lingkungan jam 1 pagi lebih. Kami singgah di kedai mamak lagenda, Farouk & Sithick, namun kami diberitahu Farouk pulang ke kampung halaman di India dan anaknya mengambil alih perniagaan. Selepas memberi nafkah zahir kepada perut gua berbentuk nasi lemak telur goyang dan Milo Ais sedap, gua mencari rakan untuk bergossip di kedai mamak. Gua terserempak dengan Senpai Bono, Senpai SiluManiax, Senpai Mat Le dan Ngek Yang Tidak Kurang Gaynya, selepas bergossip serba sedikit. Gua tiba di UTP tepat pada jam 3 pagi, dan gua masuk bilik Nyamouq lantas gua terus tidur tanpa mengejutkan Nyamouq dan rumetnya, Taufik.

Ketika gua nak melelapkan mata, pintu bilik Nymouq dikuak, gua memang phobia bilik dikuak tengah-tengah malam selepas kejadian kes Anwar dan Saiful ni. Lagi-lagi gua memang tidur di bilik ex-Starian, manalah tahu ada yang mencari service malam² begini. Namun prasangka gua meleset sama sekali, rumet gua, Kamarul@Kamaruddin@Toyon datang melawat. Selepas berpillow talk dengan Toyon selepas hampir 3 bulan tak berjumpa, gua nyenyak tidur di bilik Nymouq..cutenya..

Hari Kedua (23/8/2008)

Gua bangun pagi dan buat apa yang patut. Jam 10 pagi gua mengorak langkah ke Cafe V4, suatu kawasan yang pernah memberi gua kekenyanag dan hidup aman selama 4 semester pengajian di UTP. Dengan langkah yang yakin, gua melangkah demi untuk bergerak kehadapan, ye la takkan gua nak berguling untuk ke Cafe V4, jauh tuh. Gua ternampak dengan pasukan demo Cekak Hanafi, ya gua pernah menjadi salah seorang dari mereka suatu ketika dahulu.

Gua lepak² dengan mereka, ada dikalangan mereka yang memang gua tak kenal, cheese..senior sungguh aku. Kemudian gua menemani mereka untuk membuat demo bersempena dengan Convofair 2008. Gua usha, gua komen, kutuk belakang dengan saudara Ajoy yang merupakan sahabat gua dan juga Tenaga Pengajar Silat Cekak Hanafi UTP, sama macam jua gak, cuma gua hensem lagi la.

Sepenamatnya demo, team demo minum-minum di booth makanan kepunyaan final year student. Kami bernasib baik kerna akak manis yang menjadi waiter kami, selepas tamatnya mengorat dan minum-minum. Gua dan team demo meneruskan langkah bersiar-siar di tapak konvo. Secara jujurnya, 1st expectation gua convo kali ni tak seberapa meriah. Mungkin sebab tak berapa banyak booth dan tiada variasi dalam pilihan.

Kemudian pada akhirnya, team demo yang berbelas-belas orang itu hanya tinggal Dayah, Mel, Qilla, Tiqah, Rizal, Ajoy dan Iffat. Yang lain?? Mungkin menerima nasib yang sama seperti kisah Rosewell. Kemudian gua nampak satu booth yang unik, ada pool kanak-kanak di dalamnya. Ada duyungkah dalam pool tersebut?,monolog gua sendirian. Gua memberanikan diri (atau memberahikan diri?) untuk melawat booth tersebut, mana tau ada Maya Karin ke. Namun jangkaan gua meleset terus apabila gua ternampak Gara Furra Fish atau dikenali sebagai Dr. Fish yang digunakan untuk foot massage. Gua gatal, gua nak try.. RM10 untuk lebih kurang 20 minit. Perasaannya, geli yang teramat sangat namun perasaan itu masih jauh untuk membuat lelaki yang kuat batinnya dari inzal, hanya mereka yang lemah saja mampu di inzalkan oleh ikan..ish2..Memang gua berdendam dengan Dr. Fish dan akan gua pastikan Dr. Fish bertukar kepada sambal bilis untuk breakfast keesokan harinya. Hasil Dr. Fish?? Kaki gua lebih lembut dan licin dari muka pembaca semua.



*Kaki dikunyah ikan


Lunch.kisah peribadi.

Pukol 3, gua balik bilik Nymouq dan melelapkan mata, untuk pengetahuan pembaca yang dikasihi. Ini adalah kali pertama penulis tidur tengahari semenjak 2 June 2008, nikmat tak terkata. Tak lama kemudian, katil empuk bertilam spring milik Nyamouq telah dihiasi tubuh lansing milik gua. Tidur gua indah, mimpi gua pun indah.

Gua bangun apabila matahari sudah sayup-sayup kelihatan di kaki langit. Selepas maghrib gua meneruskan perjalanan ke tapak konvo sekali lagi. Kali ini untuk dinner, gua mengambil santapan Char Kue Tiaw tamau kerang sebagai pembuka selera. Sepenamatnya char kue tiaw tersebut, gua ke pentas utama menonton teletah Nabil Raja Lawak. Arrgghh, lawaknya tak menjadi, dengan keadaan hujan lagi. Gua tensyen..gua balik bilk Nyamouq, bergossip, gua tidur kembali..

bersambung...

6 487 batang pen patah:

kEyrOL~ berkata...

ceit zarith menonton series dlm ofis!
report incik frost!

Tanpa Nama berkata...

huhu cm ku tahu ke sape yg sesat n lmbt tu...
alaa nk wt cmne? zarith suh aku U-turn...adeh...sbb tu r lmbt...hehe :P

AlexAlabasta berkata...

Aku melepas try ikan makan kaki tuh (macam horror jer bunyinye?!)...

Nabil nice what? Ade dak akte die menghiburkan. Seb bek aku tak tegar sanggup basah kuyup denga mamat tu melatah sensorang atas pentas (menjeling)

iLLy Ramudzan berkata...

dr. fish? i pernah try di pasar seni ketika makan tgh hari. jadi achan, bukan kaki mu saje yg lembut bak sutera... :P

Achan Sinclair berkata...

keyrol:

Aku pun xkenal macam mane muke encik Frost..

--------

Za :

Zarith memang tak de talent jd kaunter pertanyaan..bule mendatangkan kemarahan para pelancong.

---------

NymQ :

Bukan mkn kaki...kunyah kaki dow...lain...anger lg..

eloo..aku ddk kat tepi stage bkn bwh ujan...

--------
illy:

pas ni kite leh jd model kaki utk produk kesihatan kaki..

Tanpa Nama berkata...

haha...ko tau x ape yg jd mse blk tu...hahahha
kitorg leh t'lpas nk belok kanan kt traffic light kt overbridge tu pas anto zarith...hehe
punya rncak smbng ngn nur dlm kete alih2 smp mane tah...then call zarith ate kitorg sesat kt 7e ni...haha pastu die tny "Eh,korg kt mane nih?"hahaha...pastu aku ngn nur pon ate xpela kitorg carik sndri...hehe
skali pakcik die plak call tp mse tu kitorg dh b'jaye carik jln kuor...haha

haha xpe die ade talent nk jd pelancong...lgpon die kn ade drebar nk bwk g memane...hehehehe :P