4 Awat Jadi Lagu Ni!! The Movie

Lokasi : Bilik kuliah, Universiti Teknologi P*tronas

Genre : Cinta, Sedih dan Aksi

Masa : Selesai sudah kuliah.

Pelakon : Brunet Augustine & Gadis I.

Sipnosis :

Brunet Augustine, seorang teruna yang mengamalkan norma-norma kehidupan melayu sejati berasal dari utara tanah air sedang memberikan fokus sepenuhnya terhadap skrip yang disusun atur sejak malam semalam. Hari ini, hari penentuan!! Apa nak jadi..jadi!!

Selepas lama memendam rasa, Brunnet ingin menyampaikan isi hatinya selepas tamatnya kuliah ini. Berbekalkan keberanian semenjak pengalaman berjalan seorang diri di sekitar kampus dan sekeping skrip yang tersemat kemas di dalam poket kiri seluar jeans bundle terbaik yang dipilih khas untuk misi ini. Misi Brunet jelas!!

Brunet menunggu di luar pintu, sambil terkebil-kebil membayangkan masa hadapannya. ‘Ohh..indahnya tika bersama mu’ bait-bait lirik lagu kumpulan Spring yang menjuarai carta-carta radio tempatan 13 tahun lepas bermain-main di dalam minda Brunet.

Lambat pula Gadis I nak keluar kelas,” Brunet bermonolog sendirian. Tanpa dijangka-jangka umpama bintang jatuh dari langit, Gadis I terpacak di depan mata. Gadis I tersipu-sipu malu menunjukkan sifat gadis melayu terakhir apabila berhadapan dengan Brunet yang juga merangkap Juara Man Hunt peringkat daerah Sungai Petani 2 tahun berturut-turut.

Dalam susunatur skrip Brunet yang disemat dalam poket seluar jeansnya berbunyi,

Hi, apa khabar? Mesti sihatkan, tengok sekarang nampak makin berisi jek”. (Lebey kurang laa).

Dan kini tibalah masa yang dinantikan…ikuti kisah Brunet.

Dup..dup..dup..bunyi jantung Brunet boleh didengari dari jarak 2 ela setengah. Brunet menunding jari ke wajah ayu Gadis I.

Brunet : Bulat!!!

(Brunet mengambil inisetif untuk membuat rumusan dari skripnya yang panjang lebar tanpa diketahui akibatnya)

Gadis I : Kuang hajaq!!!

Gadis I beransur dengan perasaan marah dan geram. Kalau diikutkan, mahu saja die Ong Bak kepada Brunet. Namun oleh kerana peratusan lelaki kepada perempuan adalah 1:2.8. Maka difikir balik takut susah mencari calon suami di masa depan kelak, Gadis I membatalkan saja niat murninya itu.


- Tammat –

notakakiBrunet : Kisah ini diadaptasi dari novel, Awat Jadi Lagu Ni?? nukilan saudara nyamouq. Sedikit perisa tambahan dikenakan untuk menambah kecenderungan minat pembaca.. Good Luck to Bo..upss Brunet. :D

4 487 batang pen patah:

AlexAlabasta berkata...

Indah~!

Indah~!

Aku mengalirkan air mata membaca nukilan kisah cinta gagal ini dengan penuh rasa keharuan dan sedikit keinsafan~

Kudos untuk director dan penulis skrip... terutama buat pencetus idea yang kachak bergaya~!

Tanpa Nama berkata...

seb bek x petak..

tekmed berkata...

Muahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahah...!

Achan Sinclair berkata...

Nyamouq - Hahaha...misi bergossip pagi-pagi sememangnya member cetusan ilham untuk aku menulis skrip untuk filem terbaru aku.. Semeangnya tema filem kali ini adalah Cinta, Sedih dan Aksi..terbaek..

Iffat - selamat die tunjuk muka ckp bulan kalo die arah kelain...memang filem nie jadi filem seram..

Bonet - ape muahaha?? aku citer pasal Brunet bukan Bonet...kebetulan nama jek nak sama :P