0 Satuu.. duaa... tigaaa... mula!!!!

Semalam aku tersedar bertapa berbakatnya aku sebagai seorang pemuzik, dan dari manakah titik permulaan pejalanan musik aku...

Kisahnya begini...

13 tahun dahulu...

Ketika jualan Tamiya melonjak naik dan siri kartun Dash Yankuro digilai ramai..

"Siapa nak masuk pertandingan nasyid angkat tangan!!!"jerit ustazah kelas aku bertanyakan kepada murid-murid yang berusia rata-rata 9 tahun. Ya..semua masih suci dalam debu lagi beb..

Aku dengan perasaan yakin di dalam dada berbekalkan lirik Iman Mutiara nyanyian kumpulan Raihan yang ketika itu tip-top di persada musik negara, lantas aku mengangkat tangan.. Seorang geng aku pun jugak, atak silap aku nama dia Nuramin bin Abd Wahab.. gua ingat beb nama bapak dia.. Itu modal gua gaduh kat sekolah dulu...muahaha

Dan selepas peringkat saringan yang tak ramai saingan, aku berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.. Suare gua memang bak buluh perindu time sekolah dulu.. chourus Fantasia Bulan Madu tu rilek-rilek je gua tarik..tak kua urat kat kepale pun beb..

Kemudian gua dengan kehormatnya menyertai kumpulan nasyid 'Jannatul Naim' yang mempunyai ahli seramai 6-8 orang, nama itu bersempena dengan nama rumah kuning gua...perrghh harap-harap nama itu jugaklah rumah gua time meninggalkan dunia ni..amin..

Tiap-tiap hari training selama 2 minggu, memang syiok dow tak gi kelas.. kitorang trening rak de la macam kat Akademi Fantasia tuh, kitorang tak buat bubling...brrrrbrrrr... Ustazah gua pun tak pakai piano untuk menentukan key suara yang betul... Perkataan flat ketika itu hanya merujuk kepada rumah yang lebih 2 tingkat...itu lah flat..

Kitorang bawak lagu Hijjaz, Ya Rabbi Al-Mustaffa.. perrghh..mantap beb... Kalau Munif Hijjaz dengar memang lagi Kasih Kekasih tu dia tak bagi kat kumpulan In-team.. Semestinya cover album tuh muka kitorang sekor-sekor...indah-indah..

Pumm..pang..pum..pang..Selepas berhempas-pulas berlatih.. Ustazah pun dah bagi kata-kata semangat umpama Dr. Fazley Asmara Ini.. Hari pertandingan yang dinanti telah tiba.. Aku bangun awal nak pertandingan...namun itu tak berlaku. Aku bangun lewat, then aku down. Kemudian mak aku pulak ajak makan kenduri, maaf ustazah, amanahmu tak dapat aku sempurnakan... Sory Jannatul Naim's buddy...

Esok aku pergi sekolah dengan harapan rakan-rakan aku dapat memaafkan aku. Aku korek rahsia, apa keputusan pertandingan tanpa kehadiran aku??

"Kumpulan kau 2 orang je datang, terus kalah.. ada balik kampunglah, demam lah..bla..bla ," ujar rakan sekelasku...

"Weh Jannatul Naim.. ape cerita ni??"

Behitulah titik permulaan aku dalam bidang musik...

0 487 batang pen patah: