0 Gathering Acan's Fan Club

Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih kepada peminat-peminat aku yang sanggup bertungkus-lumus mengadakan gathering untuk menyambut kedatangan harijadi aku yang ke-12 di Kafe Resepi Rahsia, Mont' Kiara (tingkat bawah ofis gua), siap ponteng montly meeting lagik dan siap ade yang datang dari Damansara Utama lagi semata-mata nak join us together...I terharu, airmata jantan I hampir menitis..tahan2... Aah...aku muda lagi, masih belum matang untuk ditumbuhi bulu-bulu dibahagian betis. Aku tahu ramai diluar sana yang kechiwa teramat sangat kerana tidak dapat meraikan harijadiku. Tak apa, peluang masih terbuka.. Sebagai rising star berwajah pan asia, aku masih tak mampu memiliki Lexus LS Hybrid yang berharga RM408, 000 (on road). Dan jika ada dikalangan peminat-peminat yang bermurah hati nak mendermakan kereta tersebut sebagai hadiah harijadiku, nyiru tapak tangan aku tadahkan.. Uhh..lupa majlis ini juga dihadiri oleh beberapa mulut dan perut dari syarikat konsultan yang mempunyai seorang staff berwajah pan-asia; Frost & Sullivan. Terima kasih kepada semua...





notakakikanan : Hepy belated birthday to Eijan, Keyrol and farewell to my ex-classmate; Lydia ^____^

0 487 batang pen patah: