0 Hujung Sana si Gadis Merah


Cuba ku susuri

rimbun pohonan palma
dalam igauan yang cerah surianya biru
dedaun rantingnya segar berkuntum jingga

dejavu ini telah ku alami dulu
di mana hujungnya adalah lambaian mesra
si gadis bibir mulus, molek, kuning langsat lengannya

zahirnya

si dara itu bagai maya
terbentangnya seluas laut merah rantaian parsi
sedang di persisirnya terbit mata-mata air penenang debar
bila dihirup lekas dahaga meminta lagi
merobek nafsu diri mematah tiang berahi
jernih airnya penawar rindu dan sepi

bangunlah aku

melangkah longlai ke realiti sana
bila yang mampu tergenggam hanya waktu yang terpinjam
termungkir selang antaranya dek gelisah, risau dan salah sangka

si dara masih di situ
mungil senyumnya berdendang tenang zapin
pasrah liuk lentuk tubuhnya, separuh risau

kerna aku masih di situ,
di hujung rimbunan palma.

0 487 batang pen patah: