1 Duhai Mangkuk

Semalam aku baru melepaskan kepuasan, tapi bukan dengan tangan kanan bercampur losyen. Tapi berbekalkan Penumbuk Tujuh Petala Langit dan Penerajang 70,000 hp aku mendapat kepuasan. Ya, kepuasan yang dicapai bukan melalui jalan demokrasi namun melalui jalan keganasan. Maaf, aku hilang sabar ketika itu, emosi aku terganggu, jiwa aku jadi tak keruan bila mendengar ayat :

Demi persahabatan kita X, tak tergamak aku nak mengkhianati sahabat sendiri. Betul!!! Sumpah Wallah!! Mekah, Madinah.....

Aku pantang mendengar ayat-ayat hipokrasi begitu, aku alegic, darah aku naik, aku bule jadi hipertensi, kaki aku kebas nak terajang org dan muke aku jadi merah padam. Dan akhirnya kejadian semalam memang jadi satu peristiwa berdarah. Namun aku masih konfius mengapa die sebut Mekah dan Madinah. Mengapa dia tak sebut Morrocco, Maghribi dan Karichi sekali? Ape kesah aku.. aku grunge!! Aku marah... Mangkuk!!!

Tutup Kes!!

Pernahkah korang terfikir mengapa ayat 'mangkuk' akan dihadiahkan kepada insan-insan yang dilabelkan sebagai bodoh dan bengap. Mengapa tidak melabelkan mereka sebagai fork basikal, tiub tayar kancil atau pun kaki katil warden asrama? Apakah kesinambungan mangkuk terhadap terhadap kebodohan??

Cuba kite perhatikan pada watak dan perwatakan mangkuk tersebut, sifat utama mangkuk ianya berlohong (lubang pada tengahnya). Dari lohong itu sendiri ia mempunyai 2 sifat yang boleh diinspirasikan kepada manusia. Ia boleh menjadi Terbuka dan Tertutup. Ia mampu menjadi positif dan negatif pada sifatnya yang lagi satu.

Dan oleh kerana sifat mangkuk itu berlohong maka, ia boleh dikaitkan dengan kebodohan. Mangkuk jika diterbalikkan, ianya mampu menutup dasarnya. Maka bodoh itu jika tiada usaha untuk menjadi pandai, ianya akan menjadi mangkuk yang tertutup.

Maksud aku, pemikiran dan perspektif dari dalam mangkuk yang diterbalikkan adalah kecil, sempit dan gelap. Macam katak bawah tempurung, tapi kini kita ejas kepada katak bawah mangkuk. Katak tersebut hanya mampu duduk didalam mangkuk aja. Dia berfikir dunia ini hanyalah sebesar mangkuk itu saja. Tertutup juga bermaksud tak membenarkan benda lain 'masuk atau keluar dari mangkuk tersebut'.

Perkara yang dimaksudkan, bila kita dibawah mangkuk yang tertutup. Kita telah membina suatu dinding (dinding mangkuk) yang telah menghalang untuk pergerakkan ilmu masuk (masuk ke dalam mangkuk). Maka tetap bodoh dan rugilah orang yang duduk didalam mangkuk yang terbalik itu selamanya kerana tak nak menerima ilmu dari luar.

Namun perkara yang berbeza pula dengan situasi jika mangkuk tersebut dihadapkan keatas. Maka sifat mangkuk yang mana tadi sifatnya adalah mengurung dan mengongkong bertukar sifat kepada menakung. Dan kebodohan ini juga sebenarnya seperti mangkuk yang kosong, ianya perlu diisi, diisi dengan ilmu dan kepandaian. Dan sifatnya yang TERBUKA, maka barulah ia mampu untuk menerima tumpahan ilmu dan menakung ilmu tersebut.

Semakin besar bekas takungan kebodohan maka semakin besarlah ruang yang perlu dipenuhi dengan kepandaian - MNMN

Dan tidak salahlah jika kebodohan dikaitkan dengan mangkuk, kerana sifat mangkuk itu sendiri mampu menunjukkan perkaitan diantara manusia dan ilmu. Maka kepada yang mahukan perubahan, ada 2 pilihan dihadapan anda. Samada ingin membuka mangukuk agar dapat menerima dan menakung atau ingin menterbalikkan mangkuk itu agar mangkuk itu tertutup dan bodoh itu akan bodoh selamanya. Fikirkan.... Bezanya hanya pada KETERBUKAAN.

1 487 batang pen patah:

ADI RAMLI berkata...

Satu lagu asal-usul "mangkuk" sbg maki hamun ialah dari bahasa Jepun "manko". Sila rujuk anime Ebichu untuk makna istilah tersebut. Dulu, negara kita dijajah jepun, maka dari situlah wujudnya istilah itu sebagai kata carut.