1 Kebenaran itu Keutamaannya

Hari ini adalah hari cuti terakhir sebelum aku akan menghadapi muka-muka gadis comel dan muka-muka yang annoying. Ketika minggu lepas, kita banyak dikejutkan dengan isu-isu politikus yang mungkin birsa merubah hari-hari mendatang. Mungkin selepas ini kita tak boleh berdua-duaan dengan gadis-gadis comel di Mc'D, kerana iaanya tak diterima sebagai Islam Hadhari dibeberapa negeri umpama Kedah dan Kelantan.

Ramai juga lahir para politikusian dari kalangan mahasiswa yang hanya bergantung harap kepada duit biasiswa kerajaan ataupun dari Syarikat Minyak Kerajaan Yang Dikatakan Tak Membantu Rakyat (SMKYDTMR). Mungkin benar niat mereka ini nak berpolitik, tapi kebanyakan hanya membaca blog yang wujud kini sahaja. Kalau benar-benar kau nak menjadi politikusian, pergi belajar Sejarah Malaysia betul-betul. Politikusian..kamu tahu titik inzal tu apa?? Hafal niat mandi junub?? (aku pakar dalam bidang-bidang ini selain music)

Nak dijadikan cerita ketika cuti yang panjang pada minggu lepas, aku di PM (bukan dilantik sebagai PM okey) oleh seorang gadis, beliau bukan ingin mengajak aku keluar atau ingin menempah aku utk...(kisah lain..). Tapi beliau PM aku kerana ingin tahu pendapat aku tentang bagaimana nak jawap kepada seorang ekstrimis Angkasawan Hingga ke Bulan yang aku pasti beliau tak kenal siapa itu Lexi Belle, Maria Ozawa dan Sola Aoi.


Angkasawan Hingga ke Bulan: between ISLAM n MALAY
Angkasawan Hingga ke Bulan: which do u prefer?
Angkasawan Hingga ke Bulan: [demam plihanraya nih]
Angkasawan Hingga ke Bulan: hehe
Si Gadis : boleh pilih ke?
Si Gadis : ooo
Si Gadis : pilihan raya
Si Gadis : ingtkn apa td
Angkasawan Hingga ke Bulan: xdpt ngundi
Angkasawan Hingga ke Bulan: sipi2 pun jadi la
Si Gadis : rasenya dua2 x leh dipisahkn
Si Gadis : alangkah bagus jika kedua-duanya di blend kan bersama
Angkasawan Hingga ke Bulan: yup
Angkasawan Hingga ke Bulan: mmg bagus
Si Gadis : i mean jadi satu mixture yg sebati
Angkasawan Hingga ke Bulan: tp klu satu pihak nk juangkan melayu
Angkasawan Hingga ke Bulan: tp satu lagi juangkan Islam
Angkasawan Hingga ke Bulan: bagi aku la kan
kite kena pilih islam
Angkasawan Hingga ke Bulan: sbb ISLAM di atas segala nye
Angkasawan Hingga ke Bulan: xkire la cina ke
Angkasawan Hingga ke Bulan: melayu ke
Angkasawan Hingga ke Bulan: arab ke
Angkasawan Hingga ke Bulan: islam sentiase kat atas
Aku: Fak kamu angkasawan..kamu tanya orang kamu bidas balik..kamu
memang melayu proto walaupun kamu perjuang Islam


Perlembagaan Tanah Melayu (Perkara 160(2))

"Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan-

(a)

yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau

(b)

ialah zuriat seseorang yang sedemikian;



Jadi jika UMNO membidas kata-kata kau dengan peruntukan Parlimen Tanah Melayu, aku jamin Angkasawan Hingga ke Bulan itu pasti terkedu diam seribu bahasa.

Namun bagi aku apa yang angkasawan itu maksudkan dalam ayat itu; Islam itu adalah Parti dan orang-orang di dalamnya dan Melayu itu juga Parti dan orang-orang di dalamnya. Maka di antara kedua-dua manusia itu, Kebenaran pasti diutamakan. Tidak kira kamu dacing, roket hingga ke bulan.

Kedua-dua itu adalah manusia, kadangkala masing-masing pasti ada silap dan salahnya. Aku sebenarnya tak ingin mengungkit kebenaran atau kesalahan. Masing-masing mampu menilai apa yang ada di hadapan.

Adakah UMNO itu benar-benar memperjuang hak orang Melayu secara keseluruhan? Adakah semua orang Melayu dapat merasa laba yang diberi? Adakah tulus Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan di Malaysia untuk pengstrukturan semula masyarakat selepas kejadian 13 Mei? Maaf aku katakan, ini adalah apa yang dapat aku lihat. DEB dilaksanakan secara korupsi dan dijalankan untuk kepentingan individu sahaja.

Pembahagian tender-tender DEB adalah berdasarkan direct negotiation, maka tender ini akan diberikan kepada 'Siapa kenal aku rapat dan hulur duit bawah meja paling banyak' maka dialah yang akan memenangi tender. Dapatlah tender projek LRT dari Kota Damansara ke Cheras kepada SCOMI untuk menjadikan ianya realiti. Maka yang kaya terus kaya dan yang miskin terus miskin.

Semalam kita dikejutkan (aku tak kejut pun) dengan demonstrasi warga Melayu di Pulau Pinang untuk memaksa Lim Guan Eng tidak menghapuskan DEB. Walhal mamat tu cakap dia nak menghapuskan “elemen-elemen yang menyumbang kepada rasuah, kronisme dan salah guna kuasa di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).”.

Nak kata orang Melayu Penang ditindas? Come on-lah, Melayu Penang sememangnya dah ditindas sejak dari Gerakan lagi. Orang-orang Melayu Penang hanya menyorok di Seberang Prai dengan kat hujung pulau nun, Balik Pulau. Yang lain sapa conquer? Jawap sendiri..

Habis tu kenapa baru sekarang mereka nak bangun dan memperjuang hak mereka? Eloo.. yang mengapi-apikan itu adalah geng-geng yang bakal hilang profit jika Lim Guan Eng menghapuskan elemen korupsi dalam DEB ni. Mereka risau mereka tidak sekaya dahulu, ada Jaguar, AP beli dari Rafidah AP dan lain-lain. Jadi yang pengikut ni?? Sapa suron angpa ikot depa? ishh...kalut

Yang parti dikatakan perjuang kearah negara Islam ni pulak ape cher?? (apa cerita). Apa yang mereka cerita dengan Negara Islam?? Hukum Hudud?? Qisas?? Masuk Islam potong kote?? atau apa?? Mengapa semuanya adalah hukum-hukum belaka?? Maka dimana yang dikatakan Negara Islam?? Pada hukumnya kah??

Apa yang aku difahamkan, Negara Islam ini hanya perlu memenuhi kriteria-kriteria ini sahaja;
  • Ekonominya Perlu Bagus - Tiada kemiskinan.
  • Aman - Tiada pergaduhan dan masalah jenayah.
  • Rakyatnya Saling Sayang-menyayangi.
Perkara-perkara ini telah distate dalam Al-Quran :

Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan (106:4)
Maka bila perkara-perkara ini dipenuhi barulah ianya memenuhi makna Islam itu sendiri iaitu 'Sejahtera'. Kerana apabila ekonominya bagus rakyatnya kesemuanya kaya, tiada yang miskin. Kerana kesemuanya dah kaya, tak perlu nak kacau orang lain dah. Kekayaan mereka ini sampai diumpamakan Serigala yang masuk Madinah dah tak makan kambing, sebab orang-orangnya semua kaya, makanan yang lebih-lebih diberi kepada haiwan sampai serigala makan makanan manusia hingga dah tak pandang kambing.


Maka bila semuanya kaya, tiadalah kisah-kisah kecurian, pecah rumah etc. Ketika Zaman Kegemilangan Madinah dulu, pernah kita dengar Manusia Terkaya ketika itu Abdul Rahman bin Auf dirompak atau di paw? Tidak!! Sebab masing-masing dah kaya.

Dan bila semuanya dalam keadaan yang kenyang dan aman, kasih-sayang yang akan menentukan kesejateraan berterusan. Maka konsep berkasih sayang ini diambil dari ayat 'Bismillahirrahmanirahim'. Simple tapi sarat dengan makna. Bila lengkap semua ini, tak perlu nak declair ini Negara Islam, minyak wangi lama-lama orang tahu juga mana puncanya.

Bila semuanya dah lengkap, pasti dakwah itu akan menjadi lancar. Siapa yang tak mahu kepada kesejahteraan?

Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berduyun-duyun (110:2)

Nanti ada pulak yang bertanya, Hukum hudud, qisas semua tu bila nak guna??

Bila sebuah sekolah itu sudah cemerlang; akademiknya hebat, pelajar dan tenaga pengajarnya mantap, disiplinnya hebat dan infrastruktur sekolah itu sendiri lengkap. Maka perlukah hukuman rotan lagi? Mengapa kita terlampau fokus kepada hukumannya bukan pada bagaimana pelaksanaannya? Fikirkan sendiri adakah ini atau apa yang dicanang oleh mereka itu adalah Negara Islam?

Berbalik kepada kebenaran, adakah perlu kita menolak kebenaran? Terimalah kebenaran itu walaupun datangnya dari yahudi dan tolaklah penipuan walaupun datangnya dari kalangan kita. Kerana disebalik kebenaran itu ada hikmahnya, macam Kisah baju Besi Saidina Ali dan Pencuri Yahudi, akhirnya Yahudi itu mengaku kebenaran Islam itu sendiri.

Dan untuk menilai kebenaran, kita tiadak boleh bias atau berat sebelah. Kita perlu naturalize diri kita dan membuat analisis yang lengkap tanpa dipengaruhi persekitaran. maka diantara dua itu yang pastinya adalah KeBenaran. Dan Islam sebenarnya lahirnya dan amat mementingkan keBenaran. Dan kita disuruh untuk mentaati kepada keBenaran itu sendiri untuk mengelak dari keRugian.

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati keBenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.(103:3)


p/s: Bismillah itu adalah menyatakan Allah itu sememangnya Benar lantas Dia memBenarkan kita melakukan apa yang dihajati. Telan lah kebenaran walaupun ianya pahit. Mungkin Angkasawan akan Terdiam bila membaca tulisan ini?hehe

1 487 batang pen patah:

ADI RAMLI berkata...

Syarikat Minyak Kerajaan Yang Dikatakan Tak Membantu Rakyat (SMKYDTMR) tu nama lainnya ialah Perbadanan Unit Kemajuan Industri Minyak Asli Kebangsaan.. Try to figure out the cool acronym.. He he he..