0 Konsep Dalam Pemahaman Ilmu

Yosh~ kali ini aku cuba mengupas sedikit dari konsep dalam fahaman ilmu dengan lebih tertib secara lebih akademik (kini mood aku adalah lelaki yang lemah-lembut dan bersopan-santun). Manusia sering berdebat dalam fahaman ilmu, wujudnya fahaman-fahaman adalah dari kupasan atau segi pemerhatian dari perspektif berbeza. Masing-masing manusia mempunyai fahaman tersendiri, dan inilah yang dipanggil 'Eksistensialisme'. Kita tak boleh menafikan mana-mana pandangan kerana ianya mungkin dilihat kepada objek yang sama namun secara sudut berbeza.

Kalau Si A berkata Gadis X ini cantik, tak semestinya pada pandangan aku Gadis X adalah cantik. Namun aku tak boleh menafikan kenyataan Si A, mungkin Si A menyatakan cantik itu terletak pada matanya. Namun aku lebih tergoda kepada gadis yang solid bodynya (maaf ini cerita lain). Tetapi ada beberapa orang mangkuk yang akan menyokong Si A bahawasanya Gadis X itu cantik, dan beberapa bijak pandai lagi bernafsu menyokong aku.

Tetapi oleh kenyataan yang diwar-warkan oleh Si A, aku tak boleh menyangkal perspeksi beliau dengan menyatakan bahawa mata Si A ini buta, atau Si A dan pengikut-pengikutnya mati pucuk. Aku akan rugi jika hanya berpegang kepada 'pegangan' bahawa Gadis X ini tak cantik. Cuba aku turn sedikit mentaliti agar menjadi lebih terbuka, aku tak menyangkal kenyataa Si A. Malah aku bertanya kepada Si A (mungkin begini dialognya);


Aku - " Kat tang mana yang hang minat sangat kat X tuh?."

Si A - " Tang mata dia, perghh..tajam beb..macam Kristen Kreuk."

Aku - " Namun begitu X itu terlampau flat. Aku kurang berminat."

Si A - " Laa..ang tak tau, dia saja pakai baju longgaq nak cover beb...34D tu"

Aku - "Wow!!"

( Kemudian dialog akan bertukar menjadi lebih aggressive, maaf cerita lain)

Maka disebabkan keterbukaan dan tidak telampau taksub dalam memegang suatu 'perspektif' itu, aku telah mendapat suatu perkara yang pada awalnya aku tak dapat detect. Kita dapat mengetahui tentang Gadis X itu dengan lebih menyeluruh dan lebih spesifik dari apa yang kita tahu pada awalnya. Dan sebenarnya dengan cara beginilah kita dapat melebarkan pengetahuan dan ilmu kita. Mengapa perlu kita bergaduh satu sama lain kerana masing-masing nak mempertahankan kebenaran masing-masing. Perbalahan hanya menimbulkan kerugian kepada kedua-dua pihak tanpa memberi keuntungan dari segi knowledge expand.

Tetapi keterbukaan ini adalah suatu anugerah sebenarnya, ianya mungkin boleh dikatakan sebagai ilham yang dikurniakan olehNya. Walaupun kadangkala kita dah meletakkan mind set be an open minded, tapi kadangkala kita masih tak nampak secara menyeluruh, mungkin pada ketika itu kita masih tak dikurniakan ilham.

Jika konsep pemahaman ini diperhalusi, pasti tak akan timbul perasaan riak dan sombong dengan kelebihan ilmu yang ada pada masing-masing. Kerana kita tahu dan sedar bahawa ilmu ini datangnya dari Yang Maha Mengetahui. Ilmu ini hanya diilhamkan kepada kita, walaupun perkara itu dicipta oleh kita. Gerak fikir itu telah dikurniakan kita, ia bukan hak milik mutlak kita sebenarnya.

Dan Allah sekali-kali tidak akan menyesatkan suatu kaum,
sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka... (At-Taubah 115)


Maka ilmu yang kita miliki ini sebenarnya bukan milik kita, adakah layak untuk kita riak dengan hak orang lain? Apa tak malu ke kita nak sombong dengan harta orang lain? Maka disini cuba kita tengok kembali diri kita. Tak kiralah kita riak kalau dapat score 3.8 or something similar to that. Ada juga yang riak dengan ilmu agamanya, sehingga golongan-golongan hipster, perempuan Ampang, Minah Clubbing tak dipandang terus. Come on lah.. Starlyte sket kepala ko tu.. Sedar diri sikit..



Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Baqarah, ayat 32)

0 487 batang pen patah: