0 Arkan Insan

Lima helai rambut
Tunjang makhluk bergelar insan


Putus akan ia
putus kita dari tali pencipta
Teguh akan ia
teguh kita dalam perlindungannya


Rambut yang mana kita pilih
Rambut yang mana kita sisir
Apa yang ada cuma keindahan
Bukan pengorbanan
Bukan renungan mahupun pemikiran


Hah
Sudah menjadi adat orang sekarang
Cukup haulnya baru langkah diorak
Barulah mencari dan memilih
Barulah bekerja dan berusaha
Barulah dia hendak mengingat


Kalaulah


Jika yang terang datang di depan
Jarang ada yang hendak mengikutnya
Bila gelap ganti bersilang
Barulah mengocoh mencari bayang
Berhenti berbuai lena bermadu
Sedar bodoh sendiri


Jagalah rambutmu
Pilih dan belai
Jangan dilihat pada warna
Nilai korban apa yang kita berikan
Hingga layak meminta pulangan
Syukur sudah apa tersirat
Jangan terputus
Lima helai rambutmu

0 487 batang pen patah: