0 Cinta Nur Cahaya


Mulut itu berbicara..
Cinta itu buta tak bermata..
Namun aku percaya..
Cinta itu mampu menutup semua mata..

Cinta itu memukau jiwa
Melenyapkan realiti dalam fantasi
Melebarkan empayar kepalsuan dalam kenyataan
Dari hati yang mendustakan
demi pertahan yang dikatakan sejati

Cinta itu mencari kesetiaan
Cinta itu menanti kepercayaan
Cinta itu menuntut pengorbanan

Kau engkar
kau kan kecundang
Kau turuti kata hati yang dibisiki
berjaya itu tetap sesuatu yang tak pasti
Dalam mencari nikmat sejati

Cinta hamba adalah realiti
Yang hakiki tiada berbelah-bagi
Cinta yang realiti dari hati
Insaf dalam mencari ikhlas
Sedar dalam mencari taqwa

Cinta-Nya itu yang pasti
Cinta yang membuka mata hati
Keredhaan-Nya menenangkan jiwa ini

Kerana..
Cintaku mekar didalam Nur Cahaya

Korang boleh grab poem-poem abang kachak ini di Kapasitor.net