0 Hotlink ke Hot Chick??

Huh..selepas berhempas pulas selama beberapa seketika lepas ditinggalkan Boy ( Presiden Cekak Hanafi UTP ) memang boleh jammed gak kepale ni. Petang tadi di UTP telah berlaku kejadian yang drastik, super drastik gila babi punye. Iaitu pihak management telah membenarkan Hotlink untuk membuat 'You Tour' konsert di parking depan kediaman Village 4. Artis-artis yang dibawa sememangnya ngetop habis, antaranya One Buck Shot, Love Me Butch, OAG, Meet Uncle Hussin dan beberapa atis yang kurang tersohor nama nya.

Respon budak UTP?? Huh..unexpected, pogoh dan skakin merata-rata, rasa macam kat Mini Rock The World plak. Setahu aku, budak UTP ni boleh di pancing kalau kat situ ade career talk Slumberger atau IBM or Shell. Tapi kali ni Aisyah Sinchlair berjaya menarik perhatian remaja-remaja gred 1 di mukim Tronoh ni.

Bagi aku budak-budak skakin itu bukan suatu masalah yang besar, mungkin skakin adalah salah satu aliran senam aerobik yang terkini yang sesuai untuk menguarangkan indeks ketebalan pinggang. Tapi yang kurang cantik sikit, bila beberapa puluh pelajar perempuan bertudung turut join menjerit-jerit sambil headbanging, gila high bebudak UTP ni. Sememangnya suasana gadis bertudung headbanging tak akan dijumpai di Rock The World..HEBAT!! Dan aku memandang sudut positive, muka-muka headbanging ni dah terkeluar dari list nak buat bini =)

Terdapat juga beberapa geng-geng RAMAS?? yang datang amik shoot gambar utuk tantapan umum dalam post blog yang mungkin bertajuk 'UTP dilanda GERHANA'. Dan pastinya beberapa blog dan forum akan menjadi medan pertempuran sesama pelajar UTP. Aku menyokong niat murni geng RAMAS. Tapi dimanakah ketelusan mereka dalam mencegah kemungkaran? Adakah cukup hebat dan efektif dengan cara mengedarkan flyers di parkir-parkir kampus? Adakah puas dengan memaki pelajar-pelajar yang join kosert tersebut dengan gelaran munafiq dalam blog-blog individu? Kalau benar mahu mencegah mungkar, cegahlah dari umbinya. Pergi tergah ke Office Rektor..usah sekadar memaki bebudak yang memang dahagakan benda² pelik macam konsert tuh. Langkah biar berstrategi bro!!