0 Demo Cekak Hanafi di Taiping

Yooa (gaya sapaan hero dari series Hana Yori Dango). Actually agak lama aku tak update blog ni, kesibukan melanda kehidupan plain seorang mahasiswa yang CGPA nya cecukop makan jek. Semalam 3 Mac aku ke Taiping untuk demo silat sempena Pelancaran Slot Sabtu Santai di Dataran Kedamaian (name tak leh blah) Taman Tasik Taiping. Training dah start sejak hari Jumaat lepas, tapi bagi aku masih tak cukop preparation untuk event yang grand macam ni.

Majlis dimulakan dengan ucapan oleh VIP yang aku tak berape kenal & aku tak nak kenal mungkin. Kemudian majlis diteruskan dengan senaman Tai Chi yang ketuai oleh nyonya yang mungkin cucun bongsuya lebih tua dari aku, serius buhsan senaman ni dengan nama gerakan yang pelik umpama:-

  • Memutar awan
  • Mengayuh sampan
  • Mengalih angin
  • Membaling dan melantun bola
  • Menyelam ke laut
  • Menonton langit

Sememangnya Tai Chi tak kena dengan jiwa remaja aku ni, dengan pergerakan yang super slow dan di iringgi lagu klasik cina yang selalunya menjadi OST opera cina. Then majlis agak rancak ketika bermulanya sessi senam aerobik kelolaan Jabatan Penjara. Senaman yang di beri nama Poncho-poncho...hmm..memang pelik tapi best. Stepnya macam menari time clubbing tapi lagu yang menjadi sound track nye adalah lagu Westlife, Cindai etc yang di tecno kan. Aku ingat 2-3 lagu jek..so layan la (mamat askar kat line belakang aku super semangat). Sekali die pasang lagu sampai 7 lagu daaa...buleh buat album...maka aku pancit sebelum demo~

Dah habis sume senam² ni, maka bermulalah sessi demo aku...Aku masuk acara Pasangan Pisau dan Papan sekeping (kene lawan 8 orang sekali bai) sebagai hero..dan acara Umum senjata sebagai krup. Yang time part pisau tuh, boleh pulak partner aku bagi siku kat belakang tengkok aku bebetol. Maka aku jatuh sebelum masanya, tapi memang real movement laa..saket pun real gak..Time papan sekeping pulak tangan aku dah licin, so time bantai Juwe (housemate aku ni) terlajak pulak penumbuk aku kene rahang die, super kuat jugak laa. Aku dengar orang bersorak lagi..Tapi aku proceed jek acara tuh sampai habis..Dan yang best nye TV1 ade rekod tiem aku lenjan Juwe tuh..nantikan je lah nanti.

After demo aku bersepakat membawa berkat untuk ke Zoo Taiping sempena Tahun Melawat malaysia, sebenarnya aku berasal dari Taiping dan seumur hidop aku tak perna menjejak kaki ke Zoo Taiping lagi...hahaha. Gile babess, syok gak pegi zoo ni, dah dekat 10 tahun aku tak jejak kaki ke zoo. But I'm lucky compare wif a few of my friend yang seumur hidopnya tak pernah jejak kaki ke zoo (mungkin mereka menjejak pakai tangan kot)..Sempat juga bergurau senda sengan bebudak silat nih, "Hish, tolong ade siamang terlepas!!!".. Kemudian aku perlu bersedia utk berlari kerana aku bakal dikejar oleh 'siamang' tersebut~ Ade beberape primat melakukan aksi 'terlampau' dihadapan pengunjung², ciss sungguh tak beretika mereka ini. Excited bebudak silat nih, aku rilek jek coz dah biase usha primat dari jenis Homo Sapiens berkelakuan begitu..

Tapi sedikit terkilan jugak tengok binatang kene kurung, mungkin ini adalah long-term effect selepas aku pergi Kem Alam Sekitar tahun lepas..Tapi kalau deme tak kene kurong maka aku hanya berkesempatan usha muka saudara jauh (mengikut Darwin's Theory) dari Discovery Channel je laa...Lepas tuh kami keluar zoo, dan ade yang bershopping tudung lah, wallet etc. Aku try nak cari tapi tak jumpe perfume Eternity CK local, sayang gile nak pakai yang ori tiap² hari (yang ori tuh pun bapak aku yg belikan =p ).Dalam pukol 2pm tu kami bertolak balik ke Tronoh..Seelok aje sampai kat UTP, maka aku pun tido dengan penuh kepuasan..yeah~ Cheers to all...