0 Minggu Yang Menjerihkan : Antara Langit dan Bumi

Setelah beberapa lama tak mengupdate blog ni, tak bermakusd aku merajuk. Tapi ia merujuk kepada faktor ketiadaan internet, ye lah aku duduk kat pedalaman sane. Sekarang ni bila dah start semester baru pastinya segala planning untuk semester ni perlu disiapkan. Planning dari hampir segala sudut; study aku yang biasanya ngam² je, persatuan silat (amanah kat aku ni, no comment), profesyen aku sebagai pemuzik amatur & meneruskan usaha aku nak ngorat awek yang telah ditarget sejak beberapa tahun lepas (failed betol aku nih).

Kejutan demi kejutan diterima bila balik UTP ni, housemate kene dismissed. Dan beberapa statement yang bisa membuat otak aku krem. Dari segi persatuan silat, Selasa, Rabu & Khamis nanti akan ada Minggu Mesra Kampus (MMK) dan setiap persatuan kat UTP ni akan bukak booth, dan peluang di ambil untuk mendekati junior-junior baru..hehehe. This week pun dah busy dengan training silat untuk demo 5 Feb ni. First time aku demo main pisau, kelmarin dah kene tikam sket.

Bersama perjalanan aku sebagai student yang kachak lagi berbudi bahasa adalah life aku sebagai musician. Hampir 2 tahun aku bersama Zaufan bermain nasyid dan meninggalkan kehidupan seorang drummer band rock. Maka nak dijadikan kisah tahun ni ada Battle of the Band anjuran International Cultural Club, dan pesaing secara tidak lansungnya adalah Malam Inspirasi Seni (pertandingan Nasyid) anjuran geng masjid...nak challange la tuh..hahaha

Dan sejak 2 tahun lepas Zaufan menjadi pemenang utk pertandingan nasyid tuh, hopefully tahun ni boleh hatrick lah. Dan aku telah membuat keputusan untuk menyertai kedua-dua pertandingan. Sememangnya lama sudah aku tinggalkan drum & bass, dan semalam aku telah jamming selama 5 jam untuk dapatkan beat balik..pancit..memang pancit!!! Dan berkemungkinan untuk perform dalam 5 pieces band. Aku bersedia atas segala kritikan geng masjid ke atas decision aku ni.

"Budak Zaufan tuh join Battle of the Band!!! Laghah...astaga"

Besar kemungkinan aku akan berhadapan dengan situasi berkut, dan aku tahu sedikit sebanyak akan membawa efek kepada Zaufan. Tapi geng masjid ni perlu ingat dari mana aku mula, aku bukannya dari background nasyid yang kuat. Background music aku adalah lebih kepada ochestra dan brass band kemudian berkecimpung dalam rock band. Maka tak salah aku ambil langkah untuk kembali ke sana, asalkan tak melanggar hukum.

S ebenarnya aku happy dengan segala apa yang aku buat, dan aku tak nak terkilan sepanjang masa dengan perbuatan aku. Macam penyanyi nasyid yang keluar nasyid sebab tak rasi dengan jiwanya. So aku mengambil langkah untuk go on kedu-duanya, walaupun masing-masing umpama langit dengan bumi. Maka aku nak jadi orang yang boleh berhubung dengan langit dan bumi. Aku tak nak jadi orang bumi yang rindukan langit dan sebaliknya.bukan tujuan aku nak banned mana-mana pihak, tapi keputusan yang di ambil perlu di consider untuk kepentingan diri sendiri dahulu, baru lah orang lain..Manusia memang self-fish, memang habit nya.


Jangan nak menipu diri sendiri dan orang lain