1 Merdeka??

Salam merdeka kepada kesemua rakyat Malaysia!!! Pastinya kita patut bersyukur kepada Ilahi kerna diberikan kita peluang untuk menghirup udara yang dipenuhi debu construction, pembakaran terbuka dan produk-produk terbaru dari corong-corong asap kilang di bumi Malaysia ini. Kelip punya kelip, negara kita ni dah 50 tahun merdeka.. kira dah monopous la Malaysia ni.

Macam biasa, soalan streotaip versi medeka ' Apa kejadahkah merdeka tuh sendiri?'. Dan yang pasti skema jawapannya akan ada ayat Bebas!! Huhu..apa masih tak bebaskah kita sebagai rakyat Malaya ni? Masih tak bebaskah kita menyambut Hari Merdeka dengan illegal race sambil membawa bendera yang sama panjang dengan motor. Tak bebas lagi kah kita, menyambut merdekadengan men'toron' anak dara orang selepas balik dari countdown Merdeka?

Sesetengah ahli akademik yang tak rasmi masih menyatakan kita ini masih dijajah...bla..bla..bla.. minda..bla..bla..kolonalisme...bla..bla.. Kalau kat masjid plak....zzz... (aku tertidur sambil bermimpi bersama Sarah Sinclair, so aku tak dengar ape dorg cakap..huhu). Tapi yang pastinya rakyat Malaysia telah disogok dengan kemerdekaan yang bererti bebas. Soalan utuk post kali ini 'Kemerdekaan yang macam manakah yang perlu kita capai?'.

Bagi kami, setiap benda ini perlu ada batasannya. Yang dikongkong perlu diberi ruang juga, yang terlepas perlu disekat juga. Kalau tiada batas-batas, pasti huru-hara dan rosak dibuatnya. Pak cik-pak cik pesawah pasti bergaduh berebut relung-relung bendang yang tiada sempadan, jiran-jiran akan menukar statement 'Anak kau, anak aku jugak. Nanti aku jaga la anak kau kalo ko tak ada' kepada statement 'Bini kau, bini aku jugak. Jagalah, bini kau bila ko pergi outstation nanti'.

Atau perumpamaan yang lebih sempurna, ibarat air. Jika air dibiarkan tanpa disekat, ia terus mengalir. Cuba kalau disekat air tu, pasti mendatangkan faedah..kasi lembu minum ke..basuh kasut kalau terpijak tahi anjing ke. Tapi kalau ditakung tanpa dilepaskan, pasti mendatangkan masalah..bah umpamanya. Manusia juga begitu, perlu disekat dan perlu dilepas. Tapi perlu ada Batas

Kembali kepada topik merdeka, adakah kita ini masih berbatas? Atau pun kita sedang cuba melangkaui batas itu? Jadi ingatlah batasan kita sebagai Melayu ' Berpijak dengan Adab dan Adat, untuk menjunjung Agama'. Rasanya cukop dengan berpegang kepada prinsip tersebut.

Tapi setelah kita merdeka, adakah kita pernah bersyukur kerana kita pernah dijajah? Huhu.. Ape jadah mamat ni kata kita perlu bersyukur kerana pernah dijajah? Come on la, sekurang-kurangnya kita mendapat sedikit keuntungan selepas dijajah. Kaum hawa diberi peluang untuk belajar oleh kerana sistem pendidikan British, kita belajar semangat Kiat-su dari Jepun. Kita pernah dengar dahulunya Melaka adalah empayar yang besar, ingat dulu kita juga MENJAJAH. Namun orang Melayu begitu halus jajahannya, melalui perkahwinan dan perdagangan contohnya.

Dan apabila kita menjajah, pasti timbul perasaan ego dan kuat dalam diri Melayu itu dahulu. Tapi ingat kita ini hanyalah Hamba, hamba kepada Maha Pencipta. Bila dikatakan hamba ini, kita adalah pekerja yang berkuasa untuk meminta apa-apa dari majikannya, tak ada Hak lansung. Tapi apabila kita mengharapkan sesuatu balasan dari boss (gaji, cuti), posisi hamba itu akan bertukar kepada kuli. Jadi apakah status kalau kita sembahyang sebab nak masuk syurga?..(ini akan aku huraikan dalam post 'Ihsan' nanti). Jadi apa pulak terjadi kalau timbul perasaan ego dengan kuasa dalam diri kita ini? Sekurang-kurangnya bila dijajah, kita rasa macam mana Jatuh.

Jatuh.. Kita tak boleh sentiasa berdiri, kerana bila berdiri tanpa jatuh, disitu lahirnya rasa Kuat dan Tak Bergantung. Ingat konsep hamba iaitu 'Kita ni tak ada apa-apa', so kita ni zero. Rasa kehambaan ini berlaku bila kita ada rasa bergantung kepada boss. Jadi kita ini tak layak untuk mendabik dada melainkan ukurannya 34C..hehe

Dan untuk menunjukan bertapa merdekanya kita ini perlu ada bergantung atau terikat kepada batas-batas. Disini aku nak kepilkan satu teori 'Semakin tinggi kehambaan, semakin merdeka kita dari pandangan manusia'. Ingat hamba yang hakiki adalah Muhammad S.A.W, dan bagaimana pandangan kita kepadanya. Bertapa merdekanya dia dari pandangan kita, kerana bebasnya masih ada sifat Bergantung.

Hamba itu belum Tentu.. Bagaimana dikatakan manusia ini Khalifah?

1 487 batang pen patah:

Tanpa Nama berkata...

Awek mane tuh?? Gile cun..

Aku agree dgn kongkongan tuh. ko usha je la anak melayu sekarang. mana punca masalahnya? dari kongkongan yang berlebihan atau tiada langsung?
fikirkan lah..

But kali ni aku baca pengertian merdeka yang lain dari lain..keep it go bro!!