2 Mahalnya Nilai Air Kosong.

"Ane, air kosong satu!!" ungkapan yang mungkin baru korang lafazkan masa usha kemenangan Kedah keatas Perak 3-0 di mapley Farouk & Sitchik malam tadi.

Sadis..ye memang sadis kekalahan Perak tadi.. Adakah Khaled Jamlus telah disuap sampai kenyang oleh pihak tertentu untuk mencederakan diri sendiri? Biarkan dia..

Air kosong..apa nilai air kosong itu sendiri? Secawan air kosong kalau ikut rate Tronoh 20 sen, kalau kat KL dah mahal sket sampai 50 sen pun ada. Dan harga satu jag air kosong belum mampu dapat menandingi harga segelas Milo Ais.

Kenapa air kosong diletakkan harga yang murah? Kenapa air kosong harganya bukan RM2.00 setanding dengan White Coffee Ice? Kenapa?

Bagi aku mungkin mamak meletakkan harga air kosong tu murah kerana air kosong itu rendah nilainya. Nilai ape jadahnya? Harga air kah? Harga ais kah? Atau jumlah isipadu gas memasak yang berkurangan hanya untuk memasak air kosong tersebut?

Jadi si malaun mana yang cakap mahalnya nilai air kosong ni? Ini malaun yang gambarnya ada kat sebelah kiri page ni.

Kenapa aku berani mengatakan mahalnya air kosong ni.. Aku menilai air kosong itu dari nama dan warna air kosong itu sendiri. Pada nama dan warnanya ada kesamaan iaitu KOSONG.

Air kosong ini sebenarnya adalah metafora kepada teknik pendakwahan yang mungkin sesuai atau tidak bagi korang. Ikut su-ka ha-ti ko-ra-ng, ingat!! Blog ini adalah berdasarkan falsafah eksistensialisme. Pandangan masing-masing, kalau tak suka "Drag your arrow and click the fuckin 'X' in top-right of this window," ujar seorang rakan.

Aku membuat satu andaian bahawa geng-geng pendakwah bebas ini adalah air Sirap, mamat-mamat blue adalah air Barli dan mamat-mamat kaki jamming adalah air Milo. Persoalannya,
Mampukah air Sirap untuk bersebati dengan baik
apabila dicampurkan dengan Barli atau Milo?

Jawapannya, for sure Tak Boleh ngam!!


Tapi ada satu air yang boleh ngam dengan semu
a jenis air, iaitu Air Kosong. Yess.. air kosong yang murah ini yang boleh ngam dengan semua jenis air yang ada. Jadi dakwahlah umpama air kosong. Ke Barli dia boleh join, ke Milo dia ngam pergi kepada Sirap pun sodap.


Nilai Air Kosong ini adalah, dia KOSONG. Dia tak meletakkan bahawa dia ini dalam mana-mana kategori umpama air kosong ni adalah Air Bandung yang tak dicampurkan susu pekat dan sirap atau Air Kosong ini adalah adik kepada Limau Suam yang limaunya tak diperah kedalam air dan terlupa nak taruh gula kedalamnya.

Jadi Air
Kosong tak bagi branding kepada dirinya sendiri, maka secara ilmiahnya kita sebut ianya Universal. dan punca utamanya sebab dia KOSONG.


Jadi methodology ini boleh diguna pakai untuk berdakwah atau untuk berkawan dengan lebih baik. Tak perlulah kita memakai serban yang macam Osama punya atau seluar baggy
yang sama saiz dengan ukurlilit meja tulis kita. Pakai macam orang-orang kebiasaan sudey.. Bila kau pakai tracksuit or khakis, ke masjid orang boleh terima ke gig pun orang boleh accept.

Meletakkan brand disini bukan sahaja pada pemakaian, tapi dari gerak badan dan tutr kata kita. Sekali kau berbicara ana, anta,antum, orang dah boleh tau kau ni brand aper. Sekali kau dah cakap lu, gua,chow pun orang dah boleh cop kau brand mane. Jadi golongan yang menggunakan bahasa yang sama dengan korang aje lah yang boleh join ngan korang. Kan Bahasa tu JIWA bangsa. Paham ayat tuh.

Ingat, kita seronok berkawan apabila ada kesamaan diantara kau dan aku. Jadi timbulkanlah persamaan itu.

Air kosong..Air kosong ini dikhususkan HEBAT kerana air inilah yang satu-satunya boleh menukar AIr Milo kepada Air Sirap atau pun kepada Air Kosong sendiri.

Macam mana nak buat? Masukkan air kosong kedalam air Milo, mula-mula dia jadi tawar, lepas tuh dia jadi cair dan lastly, dia jadi air kosong. Dan permasalahannya adalah kuantiti.

Untuk menjadikan segelas Milo kepada Air Kosong, pasti kita perlu lebih dari segelas air kan. So tambah aja lah, kalau perlu setasik air baru Milo tu jadi Air Kosong so tambah aje lah setasik air.

Metaforanya macam berdakwah, sekali berceramah tak mungkin untuk jadi baik terus. Dia perlu usaha dan usaha lagi. Tapi untuk berjumpa dan berdakwah lagi, kita masih perlu datang dengan sifat air kosong itu lagi iaitu telus.

So after this kalau nak suruh aku dan rakan-rakan seangkatan untuk sembahyang di masjid, jangan lah try paksa-paksa. Kalau minat kat mana-mana awek pun jangan push mengile babi. You'll make them annoying with you.



Adakah Restoran Farouk & Sithik akan
menaikkan harga Air Kosong???



2 487 batang pen patah:

thinker bell berkata...

broken pen, i've found a place where they didnt charge their air kosong. it's at The Coast Alamanda :D

free se free-free nye.

greyOrked berkata...

Hahaha...pemurah sungguh tokeh The Coast~