2 Bangsa Melayu Yang Lagi Perlu Dikenali

" BANGSA EROPAH PERLU DIKENALI

Kita perlu kenal baik-baik bangsa Eropah kerana kehidupan kita, nasib kita akan ditentukan oleh cara kita berinteraksi dengan bangsa- bangsa Eropah dan keturunan mereka. Di sini bangsa Eropah termasuk mereka yang berhijrah dan mendirikan negara-negara baru di benua Amerika, Australia dan New Zealand. Mereka biasanya dipanggil orang putih, orang kulit putih, orang Barat. Tetapi ramai yang berkulit putih, ramai yang tinggal di Barat yang bukan daripada bangsa Eropah. Bangsa Eropah adalah bangsa negara- negara Eropah. Sebab itu saya panggil mereka bangsa Eropah, bukan pun Mat Salleh. Kata bangsa Inggeris "call a spade a spade". Panggil sesuatu dengan nama yang tepat.

Bangsa-bangsa Eropah mempunyai asal dan budaya yang sama, iaitu berteraskan tamadun Greek dan Roma. Mereka amat pintar, berani dan mempunyai sifat ingin tahu atau "curiousity" yang kuat. Mereka tidak pernah berpuas hati dengan apa-apa yang ada pada mereka melainkan mereka ingin memperbaiki segala-gala supaya menjadi lebih baik, lebih produktif dan berkesan untuk apa juga matlamatnya. Tidak ada suatu apa, samada alatan, sistem atau ideologi yang tidak diperbaiki sepanjang masa. Kadang-kadang dalam keghairahan mereka untuk memperbaiki keadaan atau barangan yang sedia ada, mereka merosakkan dan mendatangkan hasil yang buruk. Namun mereka tidak serik dan mereka terus mencuba memperbaiki segala apa yang ada pada mereka ataupun pada orang lain.

Orang Cina mencipta bahan letupan dan menggunanya untuk membuat bising supaya naga tidak dapat menelan bulan atau matahari semasa gerhana. Atau hanya sebagai mercun semasa perayaan. Tetapi apabila bangsa Eropah menemui bahan letupan Cina, perkara yang pertama yang difikirkan ialah bagaimana ia boleh digunakan untuk melontar peluru lebih jauh. Sejak itu berbagai-bagai alatan dicipta untuk membunuh dari jarak jauh. Meriam disusuli dengan bom, roket, "missile", "nuclear warheads" dan bermacam-macam lagi. Hari ini jumlah senjata nuklear mereka boleh menghancurkan seluruh dunia, tetapi masih mereka tidak puas hati. Masih lagi penyelidikan dibuat untuk "warhead" yang lebih kuat, lebih berkesan. Dalam sejarah dunia hanya bangsa Eropah sahaja yang pernah menggugur bom nuklear yang menghancurkan kotaraya dengan jumlah kematian serentak yang terbesar yang pernah berlaku daripada hanya dua butir bom. Apabila mereka cipta kereta bermotor, maka tidak lama selepas itu, kereta kebal pun menjelma. Kapal terbang menghasilkan pesawat pengebom dan pejuang. Kapal untuk dagangan menjadi kapal perang dan kapal selam. Dan semua ini ditingkatkan keberkesanannya sepanjang masa untuk membunuh manusia dengan lebih efisien.

Hari ini berbilion-bilion dolar dibelanja untuk mencipta senjata-senjata yang lebih canggih, membekalkan angkatan perang mereka dengan senjata- senjata ini, melatih pasukan cara berperang, membuat segala persediaan untuk berperang walaupun tidak ada musuh semasa dan di masa depan yang mengancam mereka. Dan mereka telah membuktikan bahawa mereka sanggup mencipta sebab palsu untuk berperang dan membunuh kanak- kanak, orang tua, orang sakit dan siapa sahaja dan menganggap semua orang ini sebagai "collateral" yang tidak dibenar menghalang pencapaian hasrat mereka.. "- Tun Dr Mahathir bin Mohamad



Assalamualaikum....

Post ini khas untuk anak-anak Melayu..


Kali ini saya mengambil sedikit mesej yang disampaikan oleh Tun Dr M; Bangsa Eropah Perlu Dikenali (kredit kepada UTPtoday ). Mesej yang disampaikan sedikit sebanyak memberi impak kepada kita mengenai siapakah yang dikatakan bangsa Inggeris. Bangsa yang telah menjajah Tanah Melayu selama lebih kurang 500 tahun atau 141 tahun mengikut teori dari HarakahDaily.Net. Sememangnya mereka ini terbukti 'kehebatannya' dalam konteks apa yang dibacakan, dipertontonkan dan diwar-warkan. Dan bagi saya tak salah untuk kita belajar kelebihan orang lain untuk diri kita. Tapi sebelum kita pergi mengenal dunia lebih jauh, ingin saya mengutarakan satu persoalan untuk semua;
"Sejauh mana kita kenal pada diri kita sebagai Melayu?"

Kita tahu bahawa kita ini berbangsakan Melayu, bangsa yang dikatakan datangnya dari Rumpun Nusantara, celah mana Nusantara itu saya kurang pasti sebab tiada dalam silibus Geografi ketika sekolah menengah dulu. Melayu.. merupakan satu ayat yang memberi impak yang besar kepada saya.

Pada ketika lebih dari 500 tahun dahulu kisah Melayu mula diungkap, kedatangan Parameswara yang cari pasal di Temasik lalu lari ke tanah Melaka. Di situ bermulanya tamadun Melayu pertama yang diceritakan oleh Tun Sri Lanang ( Bendahara kepada
Sultan Alauddin Riayat Shah III) dalam buku Sejarah Melayu.


Diceritakan tentang kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka ketika pertengahan abad ke-15. Kita mempunyai Pelabuhan Perdagangan Bebas di Melaka, dan di perlabuhan itu pasti
nya terdapat sistem penyangkutan & penyimpanan bahan-bahan dari kapal sebelum dipindahkan dari satu kapal ke kapal yang lain. Bahan-bahan seperti rempah-ratus dan kain-kain sutera dari China pastinya tak boleh dicampurkan sekali. Jadi terdapat satu sistem penyimpanan yang hebat ketika zaman itu yang dapat diguna pakai untuk menyokong sebuah pelabuhan besar ketika itu.


Ketika itu juga terdapat sistem perundangan yang sesuai digunapakai oleh orang dari Cina, India, Acheh, Sunda mahupun orang Nogori. Undang-undang di Melaka ketika itu berasaskan kepada
Hukum Kanun Melaka, Risalat Hukum Kanun, dan Undang-Undang Laut Melaka. Maka terdapatlah sistem pentadbiran yang mampu untuk melancarkan segala acara-acara pentadbiran di Melaka. Maka wujudlah jawatan Bendahara, Laksamana, Syahbandar dan lain-lain.


Dan bila difikirkan kembali ketika itu, siapakah yang merancang dan mengatur segala perancangan yang begitu teliti ketika zaman itu. Zaman yang tiada sekeping CD lakonan B
riana Banks, Jeana Johnson ataupun Maria Ozawa, tiada sekeping buku yang bertajuk Playboy atau Panthhouse. Zaman ketika syarikat tertua di dunia Zildijan ( Syarikat Simbal Dram ) belum didaftarkan kepada Pertubuhan Pendaftar Syarikat Istanbul. Ketika itu tiada lagi unsur-unsur Inggeris ke Tanah Melayu lagi. Dan segalanya adalah dasarnya dari Melayu itu sendiri. Difikir kembali bagaimana kerasnya orang Melayu ketika itu sehingga semua pedagang-pedagang dari luar TERpaksa menggunakan bahasa Melayu jika nak berdagang di Tanah Melayu, kenapa tak digunakan sahaja bahasa India atau Cina kerana mereka merupakan kuasa besar ketika itu. Tapi kini kita terpaksa menggunakan bahasa luar untuk berdagang di bimi sendiri, mana kebanggan lingua franca kita dahulu. Maka fikirkanlah bagaimana kegemilangan Melayu ketika itu. Sehingga bangsa Inggeris berdengki, lalu menjajah Tanah Melayu ini. Adakah mampu untuk kita mengulangi kisah silam itu?


Melayu itu lemah-lembut, berbudi bahasa, menghormati orang tua, siraturrahimnya dipegang erat dan bersopan dalam tutur katanya. Dan semua kriteria ini terdapat pada Rasulullah S.A.W., tapi jika difikirkan balik adakah orang Arab terdapat kesemua kriteria Melayu? Jika perdunya dari sopan santun, for sure mereka OUT!! Walhal Rasulullah sendiri berbangga datangnya dia dari kaum Quraisy dan Bani Hasyim. Walhal yang kita tahu kaum Qur
aisy itu sendiri bertapa 'kasarnya' mereka. Jadi kenapa kita nak mengecilkan sendiri bangsa kita? Kita pernah berdiri tanpa bantuan mana-mana penjajah, umpama orang Inggeris, Jepun mahupun PATI.


Kini kita sering disuap, Melayu Mudah lupa, Melayu Malas, Melayu Lembab, Janji Melayu!! Dan kita terima bulat-bulat apa yang dikatakan tentang Melayu. "Melayu ni malas, aku orang Melayu. Maka wajarlah untuk aku jadi malas".. sememangnya orang begini layak dihumban ke Sungai Siput dibawah jajahan Dato Seri Samy Vellu ( Ahli Parlimen Sungai Siput ). Maka adakah sanggup kita dimanipulasi dan disuap cerita orang putih hebat, orang Melayu slow dan lain-lain lagi?

' Kenali Melayu itu sendiri sebelum kenali yang lain. '

Fikirkan dan janganlah dibuang atau ditelan mentah-mentah kerana aku ni tak ada pangkat Dr atau Tun dan CGPA aku tak jejak 3.0...

P/S : Post ini bukanlah post yang bersentimen perkauman.. Ia hanya pandangan relatif individu sahaja.

2 487 batang pen patah:

thinker bell berkata...

pandangan yang tepat dan menarik la.

putting it on a smaller scale, i think it gets back to knowing oneself too. but then again, that seems all too general, no?

ape agaknye salah bangsa kita ni kan? why are we soo like dat huh?

why we let people look down on us huh?

eh, tak pe ke berbahasa penjajah? kalo boleh , saya nak cuba byk lagi bahasa. tp ini satu2nya bahasa kedua yang saya lancar. bahasa cina, jepon dan tamil saya sume karat mcm haram. :P

i like pondering on this question or persoalan yang u utarakan ni. it has been awhile duduk jauh dalam sel-sel otak saya.

greyOrked berkata...

Aku tak kesah korang nak tulis bahasa apa, sebab ada beberapa benda yg memang susah dah diterangkan dalam BM. =)

Yup..ideanya adalah terlalu umum. Pada dasarnya kita perlu mengenali diri kita sendiri..Itulah wujudnya quote "Kenali diri untuk mengenal Tuhan dengan lebih baik"..

Tapi cuba kita fikirkan dari sudut yang berbeza, apa yang mungkin akan terjadi kalau kita tak dijajah?

Ingat, bahawa kita dulu adalah kuasa besar yang MENJAJAH tanah-tanah yang lain..

kalau kita tak dijajah, mungkin bangsa Melayu ini akan terus menjajah..dan besar kemungkinan kita juga boleh menjadi ego umpama Amerika atas kekuatan kita.. Jika kita tak dijajah..

Jadi kadang-kadang kita kena mendonggak memerhati bintang langit, dan menunduk melihat tanah agar kita sedar bahawa masih ada yang berada di atas dan di bawah kita.