0 Poket ku bocor..

Tanpa Loque, adakah Butterfigers setia dengan nilai-nilai Butterloginya?


Hah..saat dinantikan hampir tiba. Lepas raya ni memang aku kena rompak bank mana-mana ni utk menyara lifecost yang kian meningkat. Organizer pun satu, pergi taruh harga macam cilake RM45. Bangsat mahal, 2x ganda dengan harga tiket Rock The World. Kononnya gig ni akan berlansung 25 & 26 Nov (dulu siap dah buat template..pas tu cancel last minute).

Memang hujung-hujung tahun ni memerlukan sumber kewangan yang extra. Untuk raya ni je ni pebelanjaannya:-
  • Kain baju Melayu (Beli kat Gulatti's..hahaha) 4.5meter x 17.50 = RM 78.75
  • Upah Jahit (hantar kat Bro Amin) RM 70.00
  • Seluar Jeans (Levi's bundle kat Carboot Sales Shah Alam je) RM115.00
  • T-Shirt (2 helai) RM 55.00
  • Kemeja (Lame dah tak beli kemeja) RM 40.00
TOTAL RM358.75

Pergh..bangsat gile spent tahun ni. Tak pe r, baju raye dah 3 tahun tak tukar. Yang last punye kain pun aku tempah kat abah time dia pergi Dubai. Tahun ni punye kaler peach..jambu siut. Dekat-dekat hujung tahun ni pun dah tak da show, maka side income pun tarak laa..adess.. Mana aku nak songlap duit ni???..*&^%#@%%

3 Kita Lebih Berjaya!!

Bismillahirrahmanirrahim...

'Kenapa orang² bukan Islam senang dapat kejayaan, tapi kite ni duduk sembahyang 5kali sehari ni susah bebenor nak berjaya??'
Mungkin ada yang pernah mengeluarkan soalan ini samada sengaja atau tidak. Tapi orang yang mengeluarkan statement ni sedar tak bahawa die menanyakan sesuatu umpama mempertikaikan kebesaran dan kekuasaan-Nya. Kenapa? Sebab bila kita mengucapkan statement sedemikian, bunyinya umpama kita kurang yakin. Bukankah sebagai seorang Islam kita diwajibkan meyakini rukun iman (salah satunya Beriman kepada Allah).Memang la pada realiti nya kita melihat orang-orang Islam ni mmg susah utk berjaya, while orang-orang kafir ni senang aje nk jadi pandai or kaya. Tapi kenapa ek..Tak cukup amalkah kita??

'Dan Aku turun kan tanda² untuk mereka berfikir.....'

Mungkin ada sesetengah orang biasa dengan ayat ini. Tapi atas ayat ini lah aku berani di atas kaki sendiri, atas bimbingan guru dan beberapa back up. Maka beranilah aku berfikir dan mentafsir. So sekurang-kurangnya dapat la aku meluaskan skop pemikiran ni. Tapi sekurang-kurang nya kita perlu mengambil langkah berjaga kerana manusia ni senang untuk sesat di kawasan luas.

Kembali kepada topik asal, mengapa kita lambat menerima kejayaan. Yang pertama kerana Allah menurun kan perkara ini sebagai ujian kepada kita. Sesungguhnya orang-orang yang Allah kasih akan diturunkan kepadanya ujian, sedar tak semua kisah-kisah para nabi, sahabat & tabiin penuh dengan ujian. Ini kerana Allah menyayangi mereka. Dan kita turut menerima ujian dari Allah, itu bermaksud Allah kasih kepada kita. Jadi mengapakah kita perlu tanya soalan di atas?? Untuk meragui kasih yang diberikan pada kita?? Dan bila kita bertanya soalan itu umpama kita meragui kasihNya pada kita. Ingat bila timbulnya perasaan ragu-ragu ni, ia akan membiak dan terus membiak menghasilkan cemburu, benci dan dendam.

Dan bila kita meragui kasihNya ini menunjukkan kita tak menghargai kasih yang diberikan kepada kita. So kalau kita terus meragui, adakah kita layak untuk dikasihi lagi? Maka jika kita diuji Allah, hendaklah kita mengingatiNya kerana kita adalah orang-orang yang dikasihNya (take a positive side). Kenapa Allah memberi ujian ini kepada kekasihNya. Ini kerna bila kita diuji dengan sesuatu ujian itu, maka kita tidak leka atau alpa kepadaNya. Betol tak? Kita dalam kesusahan, so kita mesti selalu ingat kat Tuhan kan? Dia dah bagi hint dekat kita tu agar sentiasa bersama-Nya, kenapa la kita tak nampak. Maka bila difikir-fikir balik adakah ujian yang diturunkan sebagai bala atau nikmat?? Hish..rasenye beruntung tak kalau diuji.

Dan bila diberi kesenangan itu tak bermaksud ia adalah 100% nikmat Tuhan kat kita, sometime it can be sejenis ujian. Ujian yang lebih tinggi level nya dari ujian kesusahan tadi. Kerna sifat manusia ni memang senang tergoda dengan harTA, takhTA dan waniTA. Maka disini adalah adalah ujian untuk Dia melihat samada kita ni jenis yang senang alpa dengan nikmat² sementara tu tak? Maka fikirkan kembali, adakah kesenangan itu diturunkan untuk nikmat semata²?? FIKIRKAN....

Yang kedua nya adalah YAKIN, Allah ingn melihat keyakinan kita kepada kekuasaanNya. Tapi bila kita dah tanya soalan yang bunyi nya macam kurang yakin dengan kekuasaan Allah, maka adakah beza kita dengan kaum munafik(berpura-pura yakin)?? Yakin ni sangat penting dalam melakukan sesuatu perkara. Bila kita yakin sepenuh nya dengan perkara yang kita lakukan, insyallah pasti kita jumpa dengan destinasi (arah tuju yang dikehendaki). Maka samalah konsepnya kita dengan Allah, bila kita yakin sepenuhnya bahawa doa kita itu sampai kepadaNya. Maka tak mustahil suatu hari nanti kita akan dapat apa yang dikehendaki.

Cuba kita ingat cerita Abu Bakar As-Sidiq. Sidiq itu bermaksud benar, dan Abu Bakar mendapat gelaran itu kerana dia sentiasa membenarkan Nabi SAW. Maka bagaimana datang nya keberanian dia untuk membenarkan kata atau perbuatan Nabi. Ini adalah datang nya dari satu sifat iaitu yakin. Abu Bakar sentiasa yakin dengan Nabi, ketika peristiwa Isra' Mikraj umpamanya. Abu Bakar membenarkan bahawa nabi naik ke atas, mlaha dia siap kata "Kalau Rasulullah yang cakap. Lebih dari itu aku percaya". "Uih..confidern orang tua ni", ujar watak-watak sampingan di tepi-tepi tu.Bagi kita memang senang utk meyakinkan ya..ya..(Sambil mengangguk dengan muka bengap).

Ini sebab kita tak berfikir bila dapat benda tuh bulat, maka kita pun keluarkan pun bulat jugak sebab kita tak pandai nak mengolah ilmu tapi orang zaman dulu-dulu sentiasa berfikir (Pastinya Abu Bakar tak mengangguk bodoh jek) . Nabi kata dia naik ke arasy, baginda jumpa orang yang diseksa gantung pakai rambut, dipotong lidah etc. Tapi pernah tak kita fikir, time tuh belum kiamat, maka tiada penghitungan dan pembalasan (except di dunia dan alam kubur laa). So siapa yang diseksa tuh?Hahahaha..bila kita dah fikirkan benda² tuh senang pula kita nak agree dgn isra' mikraj. Ko pegi la try tanye org alim about benda ni dan fikirkan kembali, pasti korang tersenyum bila dah tahu nanti. Aku bukan mempertikaikan benda ni. Aku percaya 100% sebab aku dapat ilmu ni dari beberapa orang yang diyakini ilmunya, antaranya Dato Harussani.

Maka bila Abu Bakar berkata dia membenarkan kata Rasullah , so dia lah menjadi orang yang paling dekat dan di percayai nabi (rasa-rasa kalau kita yakin kat Allah, gamaknya dekat tak kita dengan-Nya??..fikir lagi). Dan sebab keyakinan itulah Ab Bakar menjadi teman bersama Rasullah ketika berhijrah ke Madinah (kenapa bukan Umar, osman etc...pikirkan). Kerana dalam ketika dalam perjalanan itu mungkin macam² boleh berlaku, dan kalau seseorang yang tak yakin dengan nabi. Pasti akan keluar statement yang pelik-pelik. Dan jika kita lihat ketika 13 hari penghijrahan nabi bersama Abu Bakar, tak ada satu pun hadith yang cerita pengalaman mereka. 13 hari, takkan la tak de jadi ape-ape ke kan??So di sini dilihat bertapa berharganya sifat YAKIN ni.

Yang seterusnya adalah sabar. Allah memberikan ujian-ujian kepada kita untuk menguji kesabaran kita. Kalau baru kena ujian yang tahap cikai-cikai ni pun dah mengeluh, macam mane kita nak hadapi perkara yang lebih challlenging? So apakah gunanya ko belajar tinggi-tinggi tapi tak ada sifat sabar.

'Assobaru minal ima'n'...

Kita mungkin dah sangat biasa dengar ayat ni. Tapi kita sedar tak bertapa besar nya sabar ni. Sampai da boleh jadi sebahagian dari iman. Kenapa sifat sabar saje, kenapa bukan sifat pemurah ke tolong-menolong ke (mahupun menghormati orang tua??hahaha). Ini sebab kalau kita perasan semua sifat-sifat nilai murni yang lain macam pemurah, rendah diri etc memerlukan sifat sabar. Sabar ni adalah ibu dia atau root dia. Contohnya, kalau ko tak sabar, macam mane ko nak pemurah, duit ade 1 ringgit. Tapi nak sedekah kat pak cik kat pasar malam tuh, tapi kang kalo kita bagi kat pak cik tuh kita lak tak dapat nak mnum cendol. Maka kat sini la ditunjukkan sabar itu dapat memupuk peribadi dan iman kita.

Dan yang terakhir adalah permulaan....hahaha..pening tak??

'Bismillahirahmanirahim'
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Pengasih...

Satu permulaan yang sangat biasa dalam perbuatan seharian kita, nak makan bace bismillah, nak tido bace bismillah. Walhal nak berjimak pun bace bismillah.Tapi kita faham tak konsep bismillah itu sebenarnya? Kenapa PEMURAH dan PENGASIH itu di highlight kan dalam bismillah. Walhal ada lagi 97 lagi nama Allah nape dia tak jadi Bismillahiwalkhalikaljabir ke?...hehehe..ni pun kne tanye ngan ustaz gak. Parah la kalo sume nak bgtau..hahaha

OK..rahman Allah adalah untuk semua. Allah adalah pemurah kepada semua makhloknya. Ini kerana setiap pemberianNya takkan mengurangkan walau sedikit pun zatNya..Dia kan Maha Kaya. Oleh itu lah orang-orang kafir boleh berjaya, lembu dapat makan dan korang dapat tido, isteri...etc. Dan rahim (kasihNya) adalah khusus untuk kaum mukmin, dan kita lah mendapat kasihNya.



Berdasarkan kriteria² UJIAN, YAKIN & SABAR itu, adakah kita ini dikasehi-Nya selama ini?? Tanyalah diri...Jangan sia² kan kasih itu.



p/s : Sabar Menanti Hari Lebaran