4 Motivasi Sang Melayu

Cuti mid sem yang relax dan menenangkan, tapi takkan nak tido je. Skali-skale kene gak mengeluarkan idea. Tapi mungkin idea kali adalah sedikit complicated dari yang biasa. Idea mengenai motivasi orang melayu. Ye la..kita kena memotivasikan orang Melayu kita ni. Sebab sekarang ni rasenye macam dah ramai yang ikut nak jadi macam Briana Banks; antara top pornstar in US. Mane tak nye, makin lama makin banyak pulak orang kita produce bahan² 'penenang nafsu'. Bagi aku laa, aku usha industri blue kat Maysia ni tak boleh pergi jauh...hahaha. Tengok la tok nenek kita dulu, deme dah wariskan harta yang mahal iaitu peribahasa.Sebenarnya motivasi² ni telah diselitkan dalam peribahasa. Semua ni depend kepada kita, samada nak atau tak nak.


Contoh nye peribahasa 'genggam bara api biar sampai jadi arang' memperlihatkan betapa orang Melayu dituntut bekerja keras, bersemangat kental dalam arena yang dicebur tu lapasal orang dulu ramai anak kerana mereka memang 'bekerja keras'. Contoh lah kalau petani, jadilah petani yang benar-benar dapat memberi pulangan yang balik modal daripada tanah yang diterokai, takk kan ko nak buat supaya dapat cukop makan jek? Kalau dia pelajar pulak, jadikan ilmu sebagai matlamat untuk diraih sebanyak mungkin, achieve that goal.


Word ‘Genggam’ digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang menggunakan tapak tangan dan jari dengan penuh kekuatan kerana kesemua jari akan bersatu kuat dan tidak sekadar pegang atau rasa. Gambaran ini sudah cukup untuk memberikan makna kesungguhan dan tidak ambil lewa.


Daripada makna peribahasa tersebut, betapa menghasilkan sesuatu yang baik dan bermutu bukan suatu kerja mudah. Ia memerlukan ketekunan dan kesungguhan. Daripada kata ‘api’ sudah menunjukkan kepanasan dan tidak adanya keselesaan.


Kiranya,kalau buat kerja tuh janagn lah sekadar ‘melepas batuk di tangga’(ada blue Melayu yang tajuknya sama dengan peribahasa ni..kalau ye pun cari la tajuk lain..'Tersedak di tangga' ke?), kerana kalau kita fikir logik mana ada keselesaan untuk mendapat kejayaan. Sikap 'melepaskan batuk di tangga' ni orang dulu² dah dapat detect dah dan peribahasa ni masih digunakan pakai sampai ke hari ini dan dijadikan suatu teknik motivasi diri.


Kalau seorang kerani tuh dikehendaki menyelesaikan sekeping surat yang kene hantar pada hari itu jugak, surat itu harus diselesaikan setepat mungkin dan tak bertangguh hingga esoknya. Surat harus diteliti dari segi format dan kewajaran isi dan tak sekadar kertas tanpa isi dan matlamat.


Sekiranya dalam sesebuah company setiap petugas tahu dengan tugasnya, aku gerenti tidak akan ada kerja yang tertangguh. Jika setiap kita tahu kedudukan masing-masing – yang tua dituakan dan yang muda dimudakan, tahu tugas dan peranan masing- masing pastinya segala hasil dapat diselesaikan dengan baik.


Yang tua dituakan dan muda dimudakan maknanya tidak rugi untuk kita memberi penghormatan yang wajar. Kalau kita seorang ketua biarlah bersikap terbuka dan tidak berlagak atau ‘bersikap serba tahu’ (bodoh sombong laa..). Lapangkan dada amat penting untuk menghindar diri daripada rasa buruk sangka. Lagi satu maksudnya kita pandai mendahulukan yang mana patut didahulukan..atau priority kita sering tak perasan tentang ni.


Pada basicnya setiap kita mempunyai tugas dan tanggungjawab dan setiap kita diperlukan dan memerlukan. Gambaran macam ni bukan suatu yang baru dalam budaya tradisional Melayu.

Yang pekak membakar meriam,

Yang buta penghembus lesung,


Yang lumpuh penghalau ayam,

Yang pekung penjemuran,


Yang kurap pemikul buluh.

(Pawang Ana, 1998: 11)

Ungkapan di atas secara tidak langsung akan melengserkan tanggapan kata-kata yang sering diujarkan di kalangan kita “siapalah saya' ?” Kewujudan seseorang di dalam sesuatu agensi kerana adanya potensi yang bernilai dalam dirinya. Nilai dan kebolehan yang ada ini tergabung dalam suatu wadah penyatuan yang tak terlerai.Jadi aku simpulkan benda ni menunujukkan pentingnya NILAI DIRI itu. Yang meliputi juga dengan kebolehan dll.


Peribahasa yang first dalam tulisan ini sudah cukup menjadikan seseorang pekerja atau manusia supaya cemerlang dalam kategorinya. Peribahasa itu boleh dikaitkan dengan satu lagi peribahasa lain yang MENOLAK sikap bekerja separuh hati dan tidak menghasilkan pulangan cemerlang iaitu hangat-hangat tahi ayam.


Peribahasa yg meleret kat atas tuh sebenar nya sarat dengan metafora Melayu yang akrab dengan alamnya. Inilah teknik motivasi Melayu yang sering dilupakan oleh bangsanya. Sebenarnya kita punya WADAH SENDIRI dan tidak perlu WADAH LUAR untuk diikuti. Bagaimanapun wadah luar dapat dijadikan perbandingan dan tambahan dalam keilmuan. So mahal tak MELAYU itu sendiri?


Teknik² yang dipaparkan oleh orang lain perlu kita ambil dan jadikan contoh atau digandingkan dalam satu adunan yang boleh diterima oleh budaya masyarakat kita. Misalnya dalam buku 23 Langkah Menuju Kejayaan, isinya secara kasar lebih menjurus kepada potensi diri dan semuanya ini terdapat dalam motivasi Melayu yang dapat ditimba daripada Tunjuk Ajar Melayu termasuklah peribahasa dan perbilangannya.

Sebenarnya kita tidak miskin dengan teknik motivasi diri.

Ada beberapa peribahasa lain yang menunjukkan nilai kegigihan seperti kalau tak dipecahkan ruyung di manakan dapat sagunya?, yang menampilkan gabungan kerja keras dan hasil yang akan dicapai. Ye lah, kita kerja rerajin pun mestilah kerana hasilnya..itulah manusia.

Tapi mengapa ruyung dan sagu? Pastinya orang dulu² menyedari betapa sulit dan susahnya untuk mendapatkan sagu. Seseorang itu harus menguras sepenuh tenaga yang ada. Jadi memang susah giloss nak mendapatkan sesuatu yang bernilai itu. Maka kat situ lah menunjukan 'Yang pipih tak akan datang melayang, yang bulat tak akan datang bergolek'

Kecemerlangan diri amat bergantung kepada diri seseorang itu sendiri sejauh mana dia mengenal dirinya sendiri, sisi positif dan negatif yang ada dalam dirinya. Mengenal diri sendiri amat penting sehingga dikatakan ‘kenalilah diri kamu sebelum kamu mengenali Tuhanmu!’. Kenapa boleh jadi macam tuh? Haa..kat situ aku nak korang belajar berfikir.

Ada lima aspek mengenal diri yang penting untuk kecemerlangan diri, iaitu dari sudut fizikal, mental, emosi, spirituil dan material.

Aspek fizikal bukan sekadar kesihatan diri yang diukur tetapi harus ada keterampilan diri jugak.Kalau badan sihat tetapi keterampilan diri tidak segah dengan diri kadangkala membantutkan pencapaian diri atau membonsaikan kebolehan diri yang ada. Di sinilah adanya colabration diri dengan mental, dia tak boleh kata relate ajer kerana bila kita kata ia relate dia hanya berhubung tanpa bekerja, jadi kat situ kita guna colabration. Sikap ingin memperbaiki diri dan sentiasa ingin mengisi diri dengan sebanyak ilmu yang dapat diraih. Cara yang paling berkesan ialah dengan membaca dan berfikir lalu merujuk untuk lebih kefahaman. Masalah yang aku perhatikan sekarang ni, orang Melayu ni malas nak berfikir, deme just tangkap muat saja. Berfikir ini akan mengelakkan ketaksuban terhadap manusia. Manusia kini bukanlah nabi yang ma'sum.


Apabila badan sihat secara serta-merta emosi menjadi sihat dan terus menanamkan rasa percaya diri. Jika kita menyatakan, “Saya kurang sihat” secara tanpa kita sedari badan menjadi lemah dan loyo. Kita jadi tidak bermaya. Sebab tu lah kita diminta berdoa untuk kesihatan. 'Ya Allah, sihatkan lah tubuh badanku', so secara tak lansung ia akan mempengaruhi psikologi badan kita.

Sebaik-baiknya harus ada satu kepaduan antara kelima-lima aspek mengenal diri tersebut agar wujud keseimbangan diri. Jika fizik sihat tetapi faculty of mind (lagu butterfingers..hahaha) tidak, pastinya ketempangan atau tidak serasi akan berlaku. Biarlah badan sihat akal pun sihat.

Mengenai spirituil atau yang berbentuk kerohanian banyak sekali ungkapan-ungkapan Melayu yang membimbing kita ke arah ini sebagaimana yang tertera daripada beberapa petikan di bawah:-

Apa tanda Melayu jati, Bersama Islam hidup dan mati. Apa tanda Melayu jati, Islam melekat di dalam hati. Apa tanda Melayu bertuah, Sebarang laku menurut sunah. Apa tanda Melayu bertuah, Hidup mati bersama akidah. Apa tanda Melayu berakal, Di dalam Islam ia beramal.

Sikap untuk bekerja keras banyak ditampilkan secara tidak langsung misalnya dalam karya-karya tradisional Melayu. Pawang Ana dalam cerita lipur lara Melayu, Hikayat Malim Deman dan Malim Dewa misalnya menggambarkan sikap proaktif Melayu yang dipaparkan melalui hikayat Si Kembang China, wanita pendamping, emban atau dayang kepada wira yang dikatakan belum dipanggil sudah datang, belum disuruh sudah pergi!. Tu pun kalau korang pernah baca la buku² lame ni.

Jadi dalam wadah budaya tradisional Melayu dah wujud perilaku macam ini. Fenomena sebegini dapat diterapkan ke arah gerak kerja kita di waktu ini dan tidaklah kita bersikap seperti ‘pahat dengan pemukul, sekali dipukul baru bergerak!’

Dalam hendak mengenal diri atau mengetahui kebolehan sendiri, ada juga beberapa peribahasa Melayu yang memberikan daya dorong yang mantap seperti kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga dan ukur baju di badan sendiri.


Di sinilah terletaknya garis panduan untuk meletakkan diri di tempatnya yang wajar. Andai seseorang cuba berlagak yang bukan pada tempatnya pasti disediakan satu peribahasa lain seperti kaduk naik junjung atau si kudung memakai cincin.


Dan hasilnya, kita dapat melihat betapa manusia Melayu begitu akrab dengan alam. Alam dijadikan dimensi penggerak kepada setiap anggota untuk menjadi lebih baik.


Peribahasa kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga itu memberikan gambaran, sesuatu yang dilakukan harus selaras dengan keupayaan yang ada. Maksudnya ialah menghindar diri daripada bersikap serba TAHU padahal dia TIDAK TAHU.


Petikan di bawah dapat memperlihatkan sesuatu pekerjaan yang dikendalikan harus sejajar dengan potensi diri.

Mencari kerja hendaklah bijak, Pilih yang sesuai menurut syarak. Mencari kerja hendaklah ingat, Pilih yang sesuai mengikut adat. Mencari kerja hendaklah faham, Pilih yang sesuai menurut Islam. Mencari kerja hendaklah berilmu, Pilih yang sesuai dengan dirimu. Mencari kerja hendaklah pandai, Pilih olehmu yang patut dipakai. Atau dapat disimpulkan seperti ungkapan ini: Yang disebut kerja berfaedah Pertama tidak menyalahi agama Kedua, sejalan dengan adat lembaga Ketiga, tidak membuat rusak binasa Keempat, tidak menurutkan selera Kelima, tidak sia-sia Keenam, tidak menyalah

Tenas Effendy, Tunjuk Ajar Melayu: Butir-Butir Budaya Melayu Riau


Terbayang dalam agenda Melayu bahawa kita punya kerangka sendiri untuk kecemerlangan diri. Andai setiap kita tahu dengan limit diri pastinya segala tindakan yang dijalankan akan berhasil dengan baik .


Dalam aspek ‘material’ juga orang Melayu digesa mencari sebanyak mana yang mampu asalkan seseorang itu menyedari batas-batas yang berkait rapat dengan soal dosa dan pahala. Di sinilah sandaran agama dapat dipegang teguh sebagai benteng diri.


Jika setiap kita kenal dengan dosa dan pahala, diperkirakan rasuah atau korup (V for vandeta...hahaha) tidak akan berleluasa. Kejujuran amat penting dijadikan sandaran bak kata petikan ini:


Apa tanda Melayu mulia, Hatinya jujur dapat dipercaya. Apa tanda Melayu beriman, Jujur dan lurus sesama kawan.

Seiring dengan inilah beberapa peribahasa Melayu terungkap kata-kata seperti jangan jadi seperti gunting dalam lipatan dan jangan bersikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Namun realiti sekarang ni kita sering tidak memperdulikan orang di sekeliling kita, kita asyik dengan ego kita sendiri.

Tidak lama dahulu ada kes seorang ibu muda yang sarat mengandung meninggal dunia dalam kemalangan selepas tidak ada sorang pun pengguna jalan raya yang berhenti menghulurkan bantuan. Padahal dalam budaya Melayu kita diajar untuk bersatu. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.


Aspek ini sebenarnya amat penting untuk kecemerlangan peribadi seseorang. Kelompok yang menyatu akan dapat membantu individu dalam kelompok tersebut menyerlahkan bakat baik yang ada. Jika seseorang itu bersendirian bagaimana dia dapat menunjukkan sikap yang ada pada dirinya jika tak ade contast and comparison ?


Adat hidup sama sekampung, Sakit senang sama ditampung, Laba rugi sama ditanggung, Beban dan hutang sama ditanggung, Di dalam sempit sama berlindung, Bila karam sama mengapung, Adat lembaga sama dijunjung, Petuah amanah sama dikungkung, Sama ke teluk sama ke tanjung, Sama seperiuk sama selesung. – Tenas Effendy.


Daripada petikan tadi tergambar bagaimana kukuhnya suatu kesatuan dan penyatuan. Bak kata pepatah Melayu:


Hati gajah sama dilapah Hati kuman sama dicicah. Ke gunung sama didaki Ke lurah sama dituruni Kalau berat sama dipikul Kalau ringan sama dijinjing.

Kecemerlangan diri tidak akan terserlah tanpa adanya compareration with others. Kesatuan tersebut amat penting untuk menyerlahkan agensi yang kita ceburi. Kalau karam bersama karam tetapi di waktu ini jika karam biar deme karam dan bukan aku! Mampos deme laa!!


Sebagai potensi diri agar lebih terserlah, selain punya keazaman dan percaya diri, kita harus punya sikap malu yang wajar dan tidak malu yang bukan pada tempatnya bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan dan tidaklah kita bersikap bodoh tak boleh diajar, pandai tak boleh diikut.

Malu daripada sudut pandang Melayu adalah seperti berikut:-

Apa tanda Melayu jati, Malu bersikap dengki-mendengki, Malu bersifat iri-mengiri, Malu bersifat khianat-mengkhianati, Malu bersifat caci-mencaci, Malu menyombong berbesar hati, Malu mungkir menyalahi janji, Malu makan kenyang sendiri, Malu menolong meminta budi, Malu bercakap dan tinggi hati, Malu meminta, rajin memberi, Malu melagak membesar diri.Tenas Effendy.

Jika kita bersandar kepada point² di atas, insya-Allah keyakinan diri dan percaya diri akan lebih menyerlah. Kita percaya apa yang kita lakukan seiring dengan tuntutan agama.

Namun kini ‘malu’ yang terungkap dalam Tunjuk Ajar Melayu sudah menjadi kebalikan yang amat memilukan. Kita lihat sahaja di kaca televisyen dan di dada akhbar banyak perilaku dilakukan tanpa dirasa ‘rasa segan’. Berjudi minum arak di khalayak ramai. Sudah hilangkah malu itu???

Menjatuhkan lawan dan teman amat dirasa sehingga peribahasa yang berbunyi ‘baling batu sembunyi tangan’ amat famous seperti berterbangan surat layang atau menaburkan fitnah tak tentu hala untuk menjatuhkan seseorang .

Sikap ‘malu khianat-mengkhianati’ sudah tidak tertanam di benak dan hati. Ini juga membawa persoalan mengapa? Persoalannya juga dapatkah diraih kecemerlangan diri jika jiwa dan benak hati sentiasa dililiti dengan unsur-unsur negatif ini?

Sebagai kesimpulan, dapat diperkirakan bahawa punca untuk kecemerlangan diri amat luas. Tepuk dada tanya iman bukannya tepuk dada tanya selera dan rasa. Kalau tanya iman pasti ada kaitan dengan fahaman agama .
Tetapi jika tanya selera pastinya hanya terarah kepada rasa diri sendiri yang kadangkala dibelenggu dengan penuh rasa tamak, serakah, hawa nafsu dan jauh daripada nilai-nilai murni.

Khazanah Melayu sebenarnya banyak meninggalkan warisan yang diperkirakan masih sesuai digunakan sehingga kini.


Are We That Great Malay Generation??





Adakah kita ini bangsa telus = BANGSAT???

0 Pornologhy Philosophy vs Human Philosophy

1 Litre of Tears..Maka tamatlah kuota utk sem ni, satu sem satu series japan. Series ni bisa bikin hati-hati mat rempit kat luar sane tuh jadi cair. Lagi-lagi bile dah usha Sawajari Erika, yang cute gile tu nangis kan..adess cair sih. Tapi memang la aku ngaku bergenang gak la usha citer tuh. Tapi tak de sayur sangat sangat sampai meleleh air mata. Macho beb, mane leh tangkap leleh..hahaha


Tapi yang best tuh bile ade kua muke Aya-kun (Sawajari Erika) senyum kan. Ades..tak tidor malam, makan mc'd tak lalu, mandi wajib tak sah..hehe. Dengan muke 'Innocent 16' nye. Dan aku paparkan gambar beliau dalam blog ni untuk tatapan semua. Jgn simpan buat 'stok' sudah...


Amacam?? Dasat tak?? Tapi yang paling menarik dalam citer ni selain awek nye. Adalah verse yang keluar setiap kali habis citer.Dan verse yg paling menarik lebih kurang cam ni bunyi nyer:-

Kita tak hargai apa yang boleh kita lakukan sekarang, tapi sering mengomel tentang perkara yang tak mampu dilakukan. Tapi kesedaran datang bila nikmat itu pergi



Waa...perubahan dari falsafah pornology kepada falsafah kehidupan. Tapi yang ingin ditegaskan, memang manusia itu selalu 'buta' atau 'rabun'; tak nampak atau kabur tentang perkara (nikmat) yang ada. Contoh:- Dulu ade awek selalu je marah-marah kalo awek lambat nak siap-siap nak gi tengok wayang sesame. Skang bile dah solo balik baru terase best tengok wayang sesorang. Dulu kalo citer hantu ade org peluk, skang ni peluk tubuh laa..

Kita selalu mengomel kenapa la aku tak kaya, tak hensem, tak pandai. Woi!! kurang-kurang ko tak pandai pun masuk U, mak bapak kite, habis SPM je. Selamat ko tu Islam, kalo ditarik nikmat Islam macam Lina Joy baru tau..Sekurang-kurangnya kita ni Islam,sempurna sifat, tak mandul (perlu woo). Kira banyak la untung nye.


Dan kenapa punca kita melihat orang lebih hebat dari kite.Kerana kita tak melihat diri sendiri, untuk melihat diri sendiri secara positive amatlah susah. Macam tengok pornography omputeh, deme memang dasat. Tapi mungkin ada lemahnya yang kite tak tau. Dan ada kuatnya kita yg kita tak nampak.So setiap orang ada kuat dan lemah nya.


Woi ni nak share information sket!! sekarang ni pun orang Melayu pun berebut-rebut nak buat cd blue. Tak paham aku, industri cd blue kat Malaysia ni bukan pun boleh pergi jauh, habis kuat pun kat Petaling Street jek. Melainkan kita hapuskan Jabatan Penapisan Filem atau kementeriannya (Kementerian Penerangan) terus. Aku berani berkata-kata demikian rupa kerana,, seorang supplier ade hantar file '3GP'. Bukak-bukak, pergh made in Malaysia ada la dalam 120 file. Salah seorang finalis Malaysian Idol pun ade...Maka berebut lah masing-masing nak tunjuk barang yang tak seberapa tuh. Lepas usha sikit-sikit, teros delete. Malu dol. Usha tu pun juz nak cam muke mane yg xleh wat bini..tak de maksud lain pun..hehehehe

So balik pada philosophy kita, buta melihat aspek yang positif dalam diri.Mungkin kerana kita terlampau membandingkan diri dengan korang yang diatas kita. Kita boleh membandingkan untuk mempositifkan diri kita, tapi ada segelintir yang memandang sampai menegatifkan diri sendiri.

Contoh: Kau ada awek, tapi ko usha awek orang lain lagi comey. So ko clash ngan awek ko coz nak cari awek lagi comey. Come on la, muke pun macam tongkang, wallet nipis lagi terhakis lagi mau awek comey2. Sepatutnya ko support awek ko suruh buat plastic surgery supaya jadi lebih cun..hahaha

REMEMBER!! WE ARE GOOD!!



Dan sebelum aku stop menulis, aku nak bertanya.
Adakah korang membaca blog ini dengan kehendak korang atau korang memang ditakdirkan untuk baca blog ni??

0 First Thing...

Assalaumualaikum, I'm new follower yang tertipu dengan dunia cyber ni. This blog adalah kesinambungan dari blog 'Untitle' yang telah berjaya menipu beberapa orang. Blog ni aku gunakan sebagai medium penyampaian dan pengongsian idealogi pelik aku bersama korang.

Tapi don't worry, aku berani menjamin segala idealogi di sini tiada terpesong keluar dari ajaran Islam atau terpesong masuk kepada ajaran Kerajaan Langit bawaan Ayah Pin. Yang ada mungkin hanya secebis percikan atau cetusan minda yang mungkin mampu mengubah kita. Segalanya terpulang pada kita..

You are what do you choose!!!